berita

Anak Dituduh Mencuri Jadi Punca Lelaki Dipukul Hingga Maut

September 4th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Anak Dituduh Mencuri Jadi Punca Lelaki Maut Dipukul

Seorang lelaki disahkan maut selepas terlibat dalam satu pergaduhan di Kampung Batu 27, Jalan Tenom-Keningau pada Selasa.

Artikel Berkaitan: Pukul Guna Penyedok Sampai Mati, Anak Balut Mayat Bapa Dengan Langsir & Buang Tepi Jalan

Anak dituduh mencuri

Anak Dituduh Mencuri Jadi Punca Lelaki Maut Dipukul

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa yang merupakan warga Indonesia berusia 47 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Keningau.

Difahamkan, mangsa terlibat dengan pergaduhan bersama beberapa orang suspek selepas tidak berpuas hati anaknya dituduh mencuri di sebuah kawasan ladang.

Hasil siasatan awal, berlaku pergaduhan dipercayai berpunca apabila kesemua suspek menuduh anak mangsa sebagai pencuri di kawasan ladang tempat kerja mereka dan ingin mendapatkan penjelasan.

Namun berlaku cabar-mencabar antara mereka sehingga menyebabkan pergaduhan dan kematian mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai memaklumkan bahawa mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepala.

Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut namun pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak, terdapat juga benjolan pada kepala kanannya.

Susulan kejadian itu, tiga individu termasuk dua wanita ditahan bagi membantu siasatan untuk mengesan empat suspek utama yang terlibat dalam kes ini.

Kini, kesemua suspek ditahan reman sehingga Khamis bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×