berita

Pukul Guna Penyedok Sampai Mati, Anak Balut Mayat Bapa Dengan Langsir & Buang Tepi Jalan

August 28th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

garisan polis

Sekadar gambar hiasan

Seorang anak bertindak kejam dengan memukul bapa kandungnya hingga tidak bernyawa dan membuang mayat mangsa di tepi jalan di hadapan sebuah kondominium di PJS 10/24, Sungai Way pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: Mayat Gadis Dengan Pakaian Seragam Pengakap Ditemui Terapung, Badan Diikat Dengan Batu

Artikel Berkaitan: Suami Bunuh Isteri Pakai Lesung Batu & Tikam Kepala, Mayat Separuh Bogel Diheret Ke Hutan

Anak bunuh bapa

buang mayat bapa

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa yang berusia 74 tahun itu dipercayai dipukul oleh anak lelakinya dengan menggunakan penyedok. Selepas menyedari mangsa tidak bernyawa, suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu dipercayai bertindak membalut mangsa menggunakan langsir sebelum meletakkan mayat mangsa di tepi jalan.

Siasatan mendapati kesan kecederaan di kepala, tangan sebelah kiri disyaki patah, kesan lebam di bahagian dada mangsa.

Pemeriksaan di lokasi rumah mangsa pula, terdapat kesan tompokan darah di bahagian dinding dan pintu bilik tidurnya serta kesan seretan di bahagian ruang tamu.

Polis turut menemui kesan tompokan darah di bahagian tempat duduk penumpang belakang sebuah kenderaan yang disyaki digunakan suspek untuk membawa mayat mangsa. Susulan daripada itu, suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan kejadian itu.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×