Video seorang wanita mengamuk dipercayai berang apabila anak lelakinya dituduh mencuri oleh seorang pekerja kedai serbaneka tular di sosial media.
Menerusi video tersebut, wanita ini dilihat gagal mengawal perasaan dan tidak berpuas hati dengan dakwaan tersebut serta meminta penjelasan daripada pekerja berkenaan.
Wanita mengamuk anak dituduh
Difahamkan video tersebut dibuat secara live kepada para pengikutnya dan wanita ini cuba mempertahankan anaknya yang dikatakan mencuri di kedai berkenaan. Wanita ini pada masa yang sama turut meluahkan rasa kesal dengan dakwaan tersebut sehingga menyebabkan anaknya terasa hati.
Mu ada anak tak? Tak apa kita buat live. Sebab kita tak nak ceroboh kedai awak. Sekurang-kurangya pengajaran kepada pelanggan lain supaya awak tidak tuduh.
Kalau kita ada maruah, kita akan pertahankan anak.
Macam mana perasaan kamu? Anak aku tak akan ambil hak orang.
Bukan itu sahaja, anaknya dilihat menangis teresak-esak dan menendang barangan yang berada di kedai tersebut. Wanita yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Kak Long’ turut memberitahu anaknya pulang ke rumah dengan keadaan menangis selepas dituduh mencuri mainan.
Wanita ini turut meminta pekerja kedai tersebut membuat laporan polis sekiranya benar anaknya mencuri. Mengulas lebih lanjut, wanita ini turut meminta supaya rakaman litar tertutup (CCTV) dilihat sebagai bukti.
Kalau mu orang susah mu tak akan fitnah orang anak gitu. Mu fitnah anak aku kata anak aku curi.
Adik masuk tadi pastu pergi dekat mainan tu. Dia tanya adik curi ke? Lepas itu adik cakap tidak..
Bagaimanapun menerusi satu video yang lain pengurus kepada kedai berkenaan mendakwa dia sama sekali tidak marah akan kanak-kanak tersebut dan menafikan sekeras-kerasnya. Kanak-kanak ini juga pada masa yang sama turut menafikan yang dia mencuri mainan tersebut dan mendakwa pekerja tersebut memarahinya.
Aku tahu anak aku bagi berapa ringgit sehari. Sekarang kita bertindak mengikut undang-undang. Lepas ini aku tak mahu kamu tuduh anak saya. Memang saya tinggi suara sebab staff **** marah dia.
Perbalahan tersebut tidak terhenti apabila wanita ini meminta supaya pekerja tersebut meminta maaf kepada anaknya. Ketika artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan kejadian tersebut berlaku di mana namun menerusi loghat yang digunakan ia dipercayai berlaku di Pantai Timur.
Sumber: TikTok