Jarang sekali melihat pelakon Datin Elvina Mohamad membuat sesi luahan di platform media sosial. Meletop dek netizen, Elvina dilihat berang apabila anak lelakinya, Karl Mateen menjadi mangsa ‘body shaming.’
Artikel Berkaitan: Rancang Untuk Hamil Tahun Ini, Elvina Mohamad Alami Keguguran
Tak payah busybody
Menerusi Instagram Stories, Elvina, 27, mendedahkan anaknya dituduh sakit gara-gara kurus.
Kata pemilik nama Norzalina Mohamad, dia penat membaca kiriman mesej daripada individu yang tidak senang hati melihat saiz badan anak lelakinya itu.
Pemikiran orang ini pelik. Bila kurus ja sakit bila gemuk ja sihat. Wahai sekalian tak payah la nak bandingkan badan korang dan anak saya.
Dia kurus kecil tak semestinya dia sakit. Anak awak gemuk badan besar tak semestinya sihat.
Tengok genetik la, kalau awak besar bagak memang besar bagak juga la anak awak. Saya dan suami kecil molek jadi kecil comel juga la anak kami.
Penat baca DM orang cakap pasal badan anak ni siap cakap tak cukup makan ke badan macam tu? Seriously?
Nanti tercari ubat kurus
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Takdir Yang Tertulis menegaskan anak lelakinya itu sihat, aktif malah cerdik biarpun memiliki postur tubuh yang kurus.
Sekurangnya anak aku walaupun kurus dia sihat, aktif, cerdik, cukup makan, cukup kasih sayang.
Anak awak yang awak banggakan sangat tu, yang kata badan sihat gemuk dempol tu jngan riak sangat eh. Gemuk tak semestinya sihat tau.
Masa kecil awak suka la dia gemuk macam tu. Dah besar nanti jangan sampai tercari-cari ubat kurus pula.
Terdahulu, Elvina dan Datuk Mohd Haniff Borhan mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2018. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Karl Mateen, 3.
Sumber: Instagram @elvinamohamad