berita

Anak Hadir Di Mahkamah Beri Sokongan, Yasin Sulaiman Ucap Salam Takziah Buat Keluarga Adibah Noor

June 23rd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Adibah Noor di atas pemergian penyanyi itu. Yasin yang kini berdepan hukuman gantung sampai mati kerana mengedar dadah, turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga rakan baiknya, Mujahid Abdul Wahab.

Salam takziah

Salam takziah kepada (ahli keluarga) kawan baik saya, Mujahid Abdul Wahab dan Adibah Noor, Innalillahiwainnailaihirojiun.

Semalam, dua orang anak Yasin Sulaiman iaitu Samer dan Malaika hadir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi memberi sokongan kepada bapa mereka. Difahamkan, Samer dan Malaika hadir bersama bapa saudara mereka, Zain Sulaiman ke mahkamah tersebut bagi mengikuti sebutan semula kes Yasin di dua mahkamah berasingan berkaitan tuduhan mengedar dadah jenis ganja dan menanam 17 pokok dalam pasu plastik dipercayai ganja.

Kedua-dua remaja berkenaan dilihat tenang sepanjang berada di mahkamah malah dilihat sempat menyapa bapa mereka ketika penyanyi lagu Mimpi Laila itu dibawa masuk ke perkarangan mahkamah. Terdahulu, Zain, pernah memberitahu anak-anak penyanyi itu tabah dengan apa yang berlaku. Malah Samer dan Malaika tabah menghadapi dugaan menimpa bapa mereka selain menunggu kepulangan Yasin.

Sementara itu, ketika sebutan semula kes di Mahkamah Majistret, pihak pendakwaan meminta kes itu ditangguhkan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×