berita

‘Anak Ini Hadir Isi Kekosongan’ – Achey

June 13th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Penantian selama 8 tahun pasangan Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya selama ini untuk menimang cahaya mata akhirnya dimakbulkan apabila mereka memaklumkan mengambil seorang anak angkat. Achey menerusi laman Instagram peribadinya menyifatkan kehadiran bayi perempuan itu sebagai mengisi kekosongan sepanjang tempoh mereka berusaha mendapatkan cahaya mata.

Bayi perempuan tersebut diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir dan dilahirkan pada 15 Mei lalu. Comel betul anak Achey dan isteri ini.

Anak ini hadir isi kekosongan

Assalamualaikum,
Bismillah…
alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara… setelah 8 tahun bersama masih belum punya rezeki di kurniakan cahaya mata.. namun pada 22/5/2018 di ramadhan ke-6… anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu…
..
NUR TIARA ZINNIRAH NASIR nama di berikan… @tiara_zinnirahofficial di lahirkan pada 15/5/2018 .. pada jam 8.05pm … di HKL…. selama hampir sebulan kami berada di kg… terutama @anne_achey… ramai tertanya kami gaduh ke? Sakit ke? … jawapannya menjaga tiara dalam pantang….. tak dapat nak di gambarkan dengan kata-kata yang hebat… yang paling jelas saya @acheykintangkintung dan @anne_achey sangat gembiraaaa tak terkata….kami berharap agar semua mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan menerima baik kehadiran @tiara_zinnirahofficial … semoga @tiara_zinnirahofficial menjadi anak yang solehah serta kami dapat menjaganya dengan kudrat kami sebaiknya….RAYA NI KAMI BERTIGAAAAA YEAYYYYYY!!!

Semoga dengan kehadiran Tiara dapat menyerikan lagi hidup Achey dan keluarga. Tahun ini raya bertiga lah ye. Selamat hari raya!

Sumber: Achey Bocey