Setiap insan yang sudah berkahwin pasti mengimpikan sebuah keluarga bahagia, miliki rumah yang selesa dan kehidupan yang harmoni. Tetapi tidak semua orang berpeluang merasai kebahagiaan tersebut.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menceritakan kisah sedih yang berlaku kepada sebuah keluarga ini sehingga menyebabkan rumah mereka ‘dilelong’.
Barang ditinggalkan dalam rumah lelong
Menerusi video pendek yang dikongsikan oleh Shariza Abd Latif memaparkan keadaan rumah yang tidak berpenghuni itu masih dipenuhi dengan barang-barang pemilik rumah tersebut. Malah, pakaian dan buku sekolah anak-anak juga dikatakan tersusun rapi di dalam sebuah bilik. Menurut Shariza, isteri dan anak-anak pemilik rumah ini dipercayai patah hati dan membawa diri meninggalkan rumah tersebut.
Bila mereka datang ambil barang kami serahan walaupun dalam kontrak lelong semua barang adalah hak pembida.
Mereka tunggu rumah dilelong. Ada lebihan cash untuk mereka teruskan hidup.
‘Kesian anak-anak’
Berikutan daripada itu, seorang pengguna Facebook, Akhtar Syamir memaklumkan terdapat pelbagai punca yang membuat sesebuah rumah itu dilelong antaranya kerana kemungkinan peminjam tak mampu bayar, pinjaman dibuat atas nama suami isteri tetapi mereka sudah berpisah dan peminjam meninggal dunia dan waris tidak mampu selesaikan hutang.
Mungkin rumah itu pernah dipenuhi dengan kebahagiaan. Gelak tawa suami isteri serta anak-anak. Mungkin juga pernah berlaku pergaduhan sehingga menyebabkan perpisahan. Mungkin tersembunyi satu penyeksaan. Atau mungkin kesusahan dan perit getir untuk meneruskan kehidupan tetapi berakhir dengan rumah dilelong.
Akhtar berpendapat kemungkinan pemilik rumah tersebut tidak mampu mencari rumah sewa lain dalam tempoh notis yang diberikan. Oleh hal demikian, pemilik rumah tersebut dipercayai terpaksa meninggalkan barangan mereka di situ.
Cuba bayangkan keadaan mereka yang terpaksa keluar dari rumah tergopoh-gapah tanpa sempat pindah barang macam ni? Kalau ada anak kecil macam mana? Allah kesiannya la. Semoga dipermudahkan urusan mereka.
Dalam kesempatan itu, Akhtar menasihati orang ramai supaya bersyukur dan sayangilah apa yang kita ada sekarang kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
Video TikTok
@sharizaabdlatifKisah di sebalik rumah lelong.. Moga yang baik-baik sahaja untuk semua! #rumahlelong #zsteam? Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth
Sumber: Shariza Abd Latif, Akhtar Syamir