berita

Anak Lahir Luar Negara Oleh Wanita Warga Malaysia Tak Layak Dapat Kerakyatan – Mahkamah

August 5th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Telah diputuskan, kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.

Keputusan majoriti 2-1

Foto: FMT

Keputusan tersebut dibuat hari ini di Mahkamah Rayuan dengan majoriti 2-1, oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Kamaludin Md Said.

Keputusan itu dibuat selepas membenarkan rayuan kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Hakim Kamaluddin dan Hakim Datuk Azizah Nawawi adalah dua hakim yang bersetuju dengan keputusan tersebut, manakala Datuk S. Nantha Balan pula menentang.

Terdahulu, Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) dan enam wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing berjaya dalam tuntutan mereka di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada tahun lepas telah memutuskan kerajaan perlu memberi kerakyatan kepada anak-anak dari golongan tersebut kerana istilah ‘bapa’ dalam Jadual Kedua Perlembagaan perlu merangkumi ibu.

Sumber: BERNAMA

SKIP THIS AD ×