Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai seorang pelawak dari Singapura iaitu Jocelyn Chia yang menjadikan tragedi MH370 sebagai satu bahan jenaka telah mengundang kemarahan ramai terutama rakyat Malaysia.
Teguran Intan buat Jocelyn
Susulan daripada isu viral tersebut, isteri salah seorang kru pesawat MH370, Allahyarham Mohd Hazrin Mohamed Hasnan iaitu Intan Maizura Othman tampil menyelar keceluparan Jocelyn Chia. Intan menyifatkan pelawak terbabit seorang yang tidak berhati perut kerana tidak menjaga sensitiviti keluarga mangsa nahas MH370.
Anak lelaki saya, Muhammad masih lagi menangis sehingga ke hari ini atas kehilangan ayahnya dan kamu menjadikan MH370 ini sebagai bahan jenaka.
Tahukah kamu berapa ramai ibu yang masih menangis sehingga kini? Kamu tidak tahu kerana kamu tidak mempunyai empati dan perasaan.
Tambah Intan lagi, Jocelyn tidak seharusnya menggunakan lawak hambar sedemikian semata-mata untuk meraih populariti.
Mempunyai hati dan menetap di negara sedang membangun lebih baik daripada kamu yang duduk di negara maju tetapi menjadi manusia yang keji.
Akhir sekali, Intan berharap agar Jocelyn menjadi seorang wanita yang berguna dan tidak melakukan perkara bodoh yang memalukan diri.
Sumber: Intan Baizura Othaman