Umum mengetahui, anak kepada pelakon, Norman Hakim iaitu Danish Hakim telah menyertai program pencarian bakat lakonan ‘Fit For Action’ di TV3.
Artikel berkaitan: Anak Norman Hakim Pegang Pada Prinsip, Tak Mahu Babak Bersentuhan Dengan Wanita
Susulan daripada itu, ada yang mempersoalkan penyertaan anak Norman yang sebelum ini telah melanjutkan pelajaran dalam bidang agama.
Syurga abang ada pada mama
Menurut Norman, Danish merupakan peserta paling muda dalam program tersebut. Namun, sebagai ayah, Norman berharap anaknya itu ingat pesanan Abby Abadi untuk mengutamakan perkara yang penting walaupun telah menceburi bidang seni.
Apapun di mana juga permulaan abang, jangan lupa pesan mama @mamayebbyyabadi. Utamakan yang utama. Walaupun papa 24 jam dengan abang dalam macam-macam aktiviti, tapi papa tak pegang syurga abang. Syurga abang ada pada mama.
Walaupun abang paling muda dekat situ dan fizikal abang dah cecah usia 19, tapi mata abang pada pandangan mata papa tetap mata baby papa yang papa azan dan iqamah 19 tahun lepas .Walau cecah usia 20 tahun dan seterusnya, papa tetap akan azan dan iqamah kat telinga abang setiap kali birthday abang selagi papa hidup.
Ujar Norman lagi, Danish sudah meningkat dewasa dan dia yakin anak sulungnya itu bijak membuat keputusan untuk kehidupannya. Walau apa bidang dan niat Danish, Norman berkata dia sentiasa memberi nasihat kepada anaknya agar jangan lupa menunaikan solat, membayar zakat dan membaca Al-Quran.
Sebatikan dalam ‘life style’.Itu fundamental kita sebagai umat Islam dan bangsa Melayu. Jangan cepat ‘koyak’.Sekali jatuh,bangkit 100 kali. Kita lelaki kena kuat dan kental. Kalau rasa down, bagi 30 saat je utk feel moment tu, lepas tu terus tarik nafas dan terjah lawan balik semua. Ingat,kita yang kawal keadaan, bukan keadaan yang kawal kita dengan izinNya.
Sumber: Norman Hakim