berita

‘Anak Orang Asli Sebahagian Daripada Hidup Saya’ – Guru Kongsi Kemeriahan Majlis Kahwin Bersama Pelajar

July 23rd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pernah digelar seorang adiwira oleh kerana usaha yang dilakukannya untuk mengajar anak orang asli di Sekolah Kebangsaan Runchang, Muadzam Shah, Pahang. Cikgu Samuel antara guru Bahasa Inggeris yang paling disayangi anak muridnya.

Menerusi Twitter Samuel, dia berkongsi kisah dan foto majlis perkahwinannya. Menurutnya, majlis tersebut merupakan kenangan yang paling terindah apabila 100 orang anak muridnya hadir ke majlis tersebut. Siap buat persembahan lagi!

My 100 orang asli children and my Indian wedding!

Samuel kongsi foto majlis perkahwinannya yang turut dihadiri anak orang asli yang merupakan anak muridnya. Menurutnya, sebelum dia berkahwin, isterinya sudah mengetahui bahawa mereka semua merupakan sebahagian daripada hidupnya. Dia turut bersyukur bahawa isterinya seorang yang sangat memahami dan menerima baik anak-anak muridnya itu.

Tambahnya, sewaktu dia hendak berkahwin, anak-anak muridnya merupakan orang yang paling gembira mengetahui berita itu. Malah, mereka turut menyatakan hasrat menghadiri majlis perkahwinan itu.

Jarak perjalanan 200km

Jarak perjalanan sejauh 200km dan menelan kos perbelanjaan yang tinggi tidak menjadi penghalang buat anak-anak orang asli hadir ke majlis tersebut. Samuel turut menyatakan bahawa dia tidak kisah mengenai perbelanjaan tersebut asalkan hasrat anak muridnya itu tercapai.

Kos pengangkutan sebanyak RM700

Samuel bersyukur kos pengangkutan untuk membawa anak muridnya itu dapat dikurangkan sebanyak RM700 walaupun harga asalnya RM1000. Semasa majlis perkahwinan berlangsung, mereka terkejut apabila muzik yang jarang didengari dimainkan. Keadaan ketika itu menjadi sunyi seketika.

Persembahan yang sangat menarik

Rupa-rupanya, anak muridnya melakukan persembahan tarian kebudayaan mereka. Persembahan tersebut sangat menarik dan menghiburkan semua tetamu yang hadir. Sebagai guru, dia berasa bangga mempunyai anak murid yang hebat seperti mereka.

Sumber: Samuel