
Suami kepada pelakon Fatin Afeefa, iaitu Aliff Awang, tampil bersuara susulan pertanyaan seorang pengguna di Threads yang meminta tip ketika hilang motivasi untuk meneruskan kehidupan seharian.
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Dedah Tak Tahu ‘Password’ Telefon Bimbit Opai – ‘Saya Banyak Masalah, Tak Perlu Tambah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Cuma Nak Duduk Masjid Tapi Dipersoal Kenapa Kena Tinggal Anak Bini’ – Opai
Bandingkan hidup
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Aliff, atau lebih mesra disapa Opai, berpendapat bahawa motivasi berpotensi untuk hilang apabila kerap membandingkan kehidupan sendiri dengan apa yang dilihat di media sosial.
Pada hantaran yang sama, Opai turut membandingkan kehidupan orang asli yang disifatkan hanya fokus pada diri sendiri.
Orang down selalunya sebab sibuk bandingkan dengan hidup orang lain.
Kenapa? Media sosial.
Kau rasa orang asli rasa down tak? Tak. Mereka okay saja duduk hutan fokus pada diri sendiri.
Jadi, kau bukan tiada motivasi, kau tak bersyukur yang hidup kau tak macam orang lain. Jadi, kau tertekan.
Dalam pada itu, Opai turut menyarankan agar setiap individu memberi tumpuan kepada kehidupan sendiri sekali gus mensyukuri apa yang dimiliki seadanya.
Kalau tak rasa macam ini, fokus saja pada apa yang sedang kau buat.
Kerja? Buat betul betul. Belajar? Buat sungguh sungguh.
Merepek saja anak jantan tiada motivasi. Anak jantan kena disiplin.
Sumber: Threads @aliff_awang








