berita

Anak Pengasas Kosmetik Terkenal Dilepaskan Tuduhan Ugut Bapa Tiri

January 21st, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskan anak lelaki pengasas kosmetik terkenal, Mohamed Aqbar Hakim Jasman atas pertuduhan mengugut bapa tirinya melalui aplikasi WhatsApp, dua tahun lalu.

Artikel berkaitan: Anak Pengasas Kosmetik Terkenal Mengaku Tak Bersalah Ugut Bunuh Bapa Tiri

Suami isteri tidak hadir

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Najihah Farhana Che Awang, pengadu dalam kes itu Nurulain Syahirah Mat Hasmuni dan suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim yang juga mangsa dan bapa tiri tertuduh tidak hadir ke mahkamah bagi memberi penjelasan mengenai hasrat mereka untuk tidak meneruskan kes terhadap Mohamed Aqbar walaupun mereka sudah diberikan sapina.

Mahkamah melepas tanpa membebaskan kamu (tertuduh) daripada pertuduhan ini dengan mengambil kira pengadu yang diserahkan dengan sapina gagal hadir tanpa alasan kukuh dan wang jaminan (RM4,000) dikembalikan kepada tertuduh. Namun, terpulang kepada pihak pendakwaan untuk menuduh semula kamu atau tidak selepas ini.

Terdahulu, Najihah Farhana berkata pasangan suami isteri itu telah menerima sapina untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu, namun mereka tidak hadir di mahkamah hari ini tanpa memberi sebarang alasan.

Perbicaraan kes itu sepatutnya bermula Disember tahun lalu, namun tertuduh ketika itu berada di luar negara dan tidak hadir pada prosiding yang ditetapkan. Saya mohon tarikh perbicaraan baharu dengan kehadiran saksi-saksi (mangsa dan pengadu) supaya kes ini boleh diselesaikan menerusi perbicaraan penuh.

Mengaku tidak bersalah

Foto: Sekadar gambar hiasan

Menurut peguam Mohamed Aqbar iaitu Muhammad Nor Izzat Nordin, pihaknya bersedia untuk perbicaraan kes itu, namun pengadu telah menarik balik laporan polis dan tidak berniat untuk meneruskan kes.

Saya percaya sekiranya pengadu hadir di mahkamah hari ini tujuannya hanya untuk memberi penjelasan kenapa beliau menarik semula kes itu, sama ada pengadu faham kesan dan akibat daripada tindakan tersebut dan akhirnya terpulang kepada Majistret untuk membuat perintah sama ada membebaskan tertuduh atau melepas tanpa membebaskannya daripada pertuduhan tersebut.

Pada 1 Julai 2020, Mohamed Aqbar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menakutkan secara jenayah terhadap Ahmad Shah dengan ugutan hendak menyebabkan kematian iaitu dengan menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang pada 15 Jun 2020. Kesalahan yang dilakukan itu boleh memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Untuk makluman, pengasas produk terkemuka tersebut meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Thailand bersama suaminya pada tahun 2019. Ketika kejadian, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah yang sangat serius dan meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala, suaminya hanya dilaporkan cedera.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×