Sebelum ini, pelakon dan pengacara terkenal iaitu Ain Edruce mengakui risau akan keadaan anak perempuannya, Soraya yang kelihatan tidak sihat selepas suaminya, Amirul Hafiz disahkan positif Covid-19 Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: Suami Positif Covid-19, Ain Edruce Risau Dengan Anak – ‘Soraya Macam Tak Sihat’
Terbaru, Ain sekali lagi berkongsi kisah sedih apabila Soraya pula disahkan positif Covid-19.
‘Pleaso doakan Soraya dan Amirul’
Menerusi perkongsian di Instagram, Ain Edruce akui sangat risau akan kesihatan Soraya lebih-lebih lagi apabila suhu badan anak perempuannya itu agak tinggi.
Please doakan Soraya dan Amirul sembih cepat especially Soraya. Kasihan dia, suhu badan tinggi, panas badan dia.
Bercerita dengana lebih lanjut, Ain mendakwa pada awalnya dia membawa Soraya ke hospital adalah untuk memeriksa badan Soraya yang mempunyai bintik-bintik merah selain suhu badannya pada ketika itu agak tinggi. Namun siapa sangka, setibanya di sana mereka diminta membuat PCR dan keputusan mengesahkan Soraya positif Covid-19.
Semalam tak ada Covid, tiba-tiba buat PCR ada Covid-19 pula. Semalam ain buat test Covid-19, dia negatif.
Jadi Soraya ada bintik-bintik merah then suhu badan dia tinggi. So aku pergi kecemasan tapi nak admit kena buat PCR. Tiba-tiba buat PCR sangkut dia. So dia Covid-19 rupanya sebab tu badan dia merah-merah macam ni.
Ain juga mengambil kesempatan itu meminta orang ramai mendoakan agar Soraya dan Amirul diberi kesembuhan.
Sumber: Ain Edruce