Pelakon dan pengacara Ain Edruce diduga apabila suami tercinta, Amirul Hafiz disahkan positif Covid-19 pada Ahad.
Artikel Berkaitan: ‘TikTok Tempat Menari’ – Ain Edruce Jawab Isu Terkinja-Kinja
Mengadu sakit tekak
Menerusi Instagram Stories, Ain, 31, memberitahu Amirul mengalami gejala sakit tekak pada awalnya justeru mereka membuat ujian PCR.
Bagaimanapun, ujian berpihak pada pemilik nama Nurulain Edruce apabila dia tidak dijangkiti virus itu.
Nak dijadikan cerita Amirul Hafizz positif Covid-19. Semalam mengadu sakit tekak, aku dah agak. Jadi kami buat PCR. Dapat keputusan pagi tadi aku negatif, dia positif pula. Sangkut. Stay strong daddy!
Anak tak sihat
Sementara itu, pelakon drama Kekasih Paksa Rela menyatakan dia masih menunggu keputusan anak perempuan sulungnya, Soraya. Katanya, dia risau melihat keadaan Soraya yang kurang sihat ketika ini.
Aku paling risau Soraya sebenarnya. Sebab dia macam tak sihat. Soraya baru buat PCR tadi. Doakan dia sihat ya kawan-kawan.
Terdahulu, Ain selamat diijabkabulkan bersama pasangannya yang juga ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Soraya pada 19 Mei 2021.
Sumber: Instagram @ainedruce