Pelakon Sharifah Sakinah tampil memberi amaran kepada netizen berhubung satu video yang tular baru-baru ini mengenai anak perempuannya, Anais Adha dan kakaknya, Sharifah Shahirah.
Artikel Berkaitan: Netizen Komen Dapat Jilat ‘Best’, Sharifah Sakinah Respon Takut Menyesal Je
Artikel Berkaitan: Sharifah Sakinah Pakai ‘Circle Sequin Dress Hot’, Netizen Kesian – Doa Agar Dapat Hidayah
Artikel Berkaitan: Sharifah Sakinah Pasang Alunan Al-Quran Di Set Penggambaran Jemputan Ke Neraka – ‘Banyak Cerita Seram Dekat…’
‘Sedih tengok budak kena buli’
Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), ibu kepada seorang cahaya mata itu menyatakan bahawa dirinya tiada sebarang masalah jika orang luar ingin bercakap buruk atau membuat andaian yang tidak baik terhadapnya. Namun, Sakinah akui tidak pada anaknya.
Sepanjang 15 tahun guna Instagram, saya cuba meminimumkan perkongsian. Ianya untuk menggelakkan kandungan eksploitatif masuk seperti produk putih serta produk yang dapat ‘ketatkan’ vagina.
Sedih sungguh bila melihat buli yang ditujukan kepada kanak-kanak yang berusia 6 tahun.
Ujar pelakon berusia 34 tahun ini lagi, keutamaannya adalah untuk mememlihra kesejahteraan anak termasuk menjaga nama baik keluarga.
Tambah pelakon drama ‘Girlfriend Aku Dari Neraka’, ini merupakan amaran terakhir sebeum dia mengambil tindakan undang-undang demi melindungi insan yang disayanginya.
Dalam pada itu, Sakinah turut berharap agar tidak ada lagi individu yang menjatuhkan antara satu sama lain sebaliknya semua bersatu dan memberi sokongan sesama sendiri.
Sumber: Instagram @sharifah_sakinah