Penampilan pelakon Sharifah Sakinah sering kali menerima perhatian netizen dengan gayanya yang dikatakan ‘keterlaluan’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bukan Bercerai Tetapi Berpisah’ – Sharifah Sakinah
Artikel Berkaitan: Sharifah Sakinah Mahu Cerai, Penat Jalani Hubungan Jarak Jauh
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Mengandung, Hanya Gembira Dengan Makanan’ – Sharifah Sakinah
Pakaian tak cukup kain
Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Sakinah memuat naik video dan beberapa keping gambarnya dengan menggayakan ‘circle sequin dress‘ berwarna merah jambu.
Difahamkan, baju tersebut direka oleh pereka fesyen Afiq M untuk dirinya yang menghadiri majlis pelancaran produk kecantikan dari Perancis.
Walau bagaimanapun, busana yang digayakan itu kelihatan terlalu mendedah sehingga mencetus rasa kesian dalam kalangan netizen yang melihat pelakon drama ‘Girlfriend Aku Dari Neraka’ tersebut.
Kesiannya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan penampilan Sakinah tersebut. Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang mendoakan agar menerima hidayah agar serta sempat kembali ke jalan Allah.
Sumber: Instagram @sharifah_sakinah