Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah bakal menerima menantu pertama hari ini selepas anak sulungnya, Allisya Tahir, selamat bertunang dengan lelaki pilihan hatinya, Mac lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berjaya Lukis Watak Pemain Nombor 067 Di Atas Karpet Bilik Tidur, Netizen Kagum Lihat Bakat Anak Sharifah Shahirah, Tangan Ajaib
Artikel Berkaitan: Sharifah Shahirah Syukur Anak Dapat 2A SPM, Harap Dapat Jadi Insan Yang Berguna
Teruja buat persiapan kerja kahwin
Sharifah Shahirah yang mesra dengan panggilan Kak Rara, memaklumkan sebagai ibu sudah semestinya dia berasa sangat teruja untuk menguruskan persiapan buat hari bahagia anak daranya itu.
Isteri kepada pelakon Ijoy Azhari itu berkongsi momen persiapan akhir menjelang hari bersejarah itu di laman Instagram miliknya. Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan ahli keluarga dan rakan-rakannya sedang sibuk membantu persiapan kerja kahwin anak sulungnya.
Tambah Kak Rara, dia bersyukur kerana menerima menantu pertama seawal ini dan turut mendoakan yang terbaik atas pilihan yang dibuat anaknya, Allisya.
View this post on Instagram
Tak kisah anak kahwin muda
Terdahulu, Kak Rara memberitahu dia tidak keberatan anaknya itu memilih untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang muda kerana menurutnya bakal menantu dan keluarganya juga merupakan orang yang baik-baik.
Saya tak kisah pun dia (Allisya) nak kahwin awal. Itu pilihan dia untuk tamatkan zaman bujang pada usia muda. Sebagai ibunya, saya terima saja keputusan Allisya dan tidak menghalangnya. InsyaAllah, Allisya akan mendirikan rumah tangga pada 11 November ini, manakala majlis resepsi pula dijangka berlangsung pada 13 November. Alhamdulillah.
Dalam pada itu, Sharifah Shahirah juga mengharapkan agar perancangan dan perjalanan majlis anaknya itu dipermudahkan.
Sumber: Media Hiburan