berita

[VIDEO] Berjaya Lukis Watak Pemain Nombor 067 Di Atas Karpet Bilik Tidur, Netizen Kagum Lihat Bakat Anak Sharifah Shahirah – ‘Tangan Ajaib’

October 7th, 2021 | by Amirul Asraf
Video Popular

Drama bersiri Korea iaitu Squid Game yang ditayangkan di platform penstriman Netflix telah pun mencipta fenomena sekaligus tular di serata media sosial.

Terbaru, anak kepada pelakon dan pelawak terkenal, Sharifah Shahirah iaitu Airra berjaya mencuri tumpuan netizen apabila menghasilkan sebuah lukisan watak pemain nombor 067 di atas karpet bilik tidurnya. Memang berbakat!

Terbaik Airra!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Menerusi video berdurasi 1:22 saat, Sharifah Shahirah kelihatan sangat terkejut sebaik sahaja melihat lukisan watak Kang Sae Byeok di atas karpet bilik tidur anaknya. Menurut Sharifah Shahirah, Airra sangat berbakat terutama dalam bidang melukis. Namun, dia tidak menyangka bakat tersebut boleh diserlahkan di atas karpet. Sharifah Shahirah sempat berseloroh dan menyatakan bahawa dia hanya mampu melukis ‘orang lidi’ sahaja di atas karpet.

Anugerah

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat Airra. Menurut netizen, Airra sangat berbakat dan bukan semua orang dikurniakan bakat untuk melukis sebaik itu.

Sumber: Sharifah Shahirah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×