Selepas hampir dua bulan menunggu, penyanyi Nourul Depp dan keluarga akhirnya berjaya ‘terbang’ ke negara jiran, Indonesia bagi memulakan kehidupan baru.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Mereka Buka Kami Terus Gerak’ – Nourul Tak Sabar Nak Pindah Duduk Bali
Artikel Berkaitan: Kongsi Pengalaman Buang Rahim, Nourul Depp Pesan Buat ‘Check Up’ Setiap Tahun – ‘Kami Cerita Sebab Ramai Takut Nak Bedah’
Berjaya rentas negara
View this post on Instagram
Menerusi Instagram (IG) miliknya, Nourul, 44, mengemas kini dengan memberitahu mereka sekeluarga sudah selamat tiba di Jakarta.
Menurut Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab berkata mereka akan menjalani tempoh kuarantin selama lapan hari di Jakarta sebelum berangkat ke Bali.
Alhamdulillah selamat sampai dan bermula lapan hari kuarantin di Jakarta.
Terima kasih yang mendoakan
Dalam pada itu, pelantun lagu Kerana Terluka turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan urusan mereka sekeluarga dan kakitangan Jabatan Imigresen yang banyak membantu.
Terima kasih semua yang mendoakan. Tak mudah berjalan dengan anak kecil tapi Allah mudahkan.
Kami nak ucapkan terima kasih kat semua pekerja di lapangan terbang dan kakitangan Imigresen di Malaysia.
Perpindahan ke kediaman baharu bersama suaminya, Eric Daniel itu disertai tiga cahaya mata mereka iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.
Manakala anak sulung hasil perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Ayu Nazirah, 23, tidak ikut serta sebaliknya menguruskan operasi perniagaan di tanah air.
Sumber: Instagram @nouruldepp, Kosmo