Anak kepada penyanyi kumpulan Inteam, Syah iaitu Muhamad Mustafa telah diraikan dalam sebuah majlis selepas berjaya khatam Al-Quran.

Artikel Berkaitan: Inteam Terhibur Tengok Parodi Kreatif Netizen

Artikel Berkaitan: Tiket Konsert Inteam ‘Sold Out’ Dalam Tempoh 2 Jam! Ramai Minta Buat Hari Kedua

Khatam Al-Quran

@akademiakmal

Daripada suara nasyid yang membesarkan jiwa, kini lahir pula seorang huffaz dari darah dan doa Syah Inteam sendiri. MashaAllah, tabarakallah. Dan kini, kita akan bersama menyaksikan detik gemilang ini, di Pentas Haflah Takrimi ke-6 AKMAL, yang tinggal 3 hari sahaja lagi! 📅 1 Jun 2025 📍Bangi Avenue Convention Centre #akmalspeedtahfizprogramme #tahfizsetahun #hafiz30juzuk #haflahtakrimi6 #inteam #syahinteam

♬ original sound – bigboss – bigboss

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Akademi Al-Quran Akmal, pihak institusi pendidikan tersebut berkongsi suasana ketika majlis itu berlangsung.

Paling menyentuh perasaan adalah apabila Mustafa dilihat menangis sambil mengusap wajah ibu bapanya, lalu memeluk mereka.

Anak Syah Inteam khatam 30 Juz. Tak sangka doanya selama ini termakbul.

Daripada suara nasyid yang membesarkan jiwa, kini lahir pula seorang huffaz dari darah dan doa Syah sendiri. MashaAllah.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, Mustafa dihujani dengan ucapan tahniah daripada warganet yang turut berbangga dengan pencapaiannya.

Selain itu, mereka juga memuji cara didikan Syah dan isteri yang menerapkan pembelajaran agama kepada anak mereka.

Alhamdulillah, semoga menjadi anak yang soleh.

Anak soleh hasil didikan daripada ibu bapa yang juga soleh dan solehah.

Tahniah! Moga bertambah keberkatan dan kemuliaan Allah SWT kepada kamu anak yang bijak.

Alhamdulillah, tahniah. Semoga awak kelak menjadi manfaat untuk ummah.

MasyaAllah, beruntungnya orang tua kamu sebab kamu adalah anak yang hebat.

Sumber: TikTok Akademi Al-Quran Akmal