berita

Anak Tak Dibenarkan Ambil Ujian Sebab Tak Bayar Yuran, Bapa Tikam Pengetua Sekolah

June 9th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara anak tidak dibenarkan untuk mengambil ujian berikutan tidak membayar yuran komuniti, seorang bapa sanggup bertindak kejam dengan menikam pengetua sekolah anaknya. Kejadian tersebut berlaku semalam, di Indonesia.

Bapa tikam pengetua sekolah

Foto: iNews.ID

Menerusi laporan yang dipetik daripada iNews.ID, mangsa yang dikenali sebagai Adelfina Azi berusia 59 tahun dikejarkan ke Pusat Kesihatan Nangaroro susulan kecederaan yang dialaminya. Ujar mangsa, kejadian tersebut berlaku pada pagi Selasa dan bapa kepada pelajar berkenaan berang kerana pihak sekolah tidak membenarkan anaknya untuk mengambil ujian tersebut.

Kejadian itu berlaku pada pukul 8 pagi di sekolah.

Pihak polis yang menerima laporan berhubung insiden itu, sudah mengerahkan anggota-anggotanya untuk mencari suspek bagi membantu siasatan.

Tak lunas yuran lagi

Foto: CNBC Indonesia

Difahamkan kisahnya bermula apabila pelajar tersebut dilarang untuk mengambil ujian berikutan tidak lagi menjelaskan yuran sebanyak Rp.1.7 juta (kira-kira RM490) bagi menduduki ujian yang perlu diambil di sekolah.

Suspek belum membayar yuran komuniti sekolah sebayak Rp. 1.7 juta. Kini, mangsa masih mendapatkan rawatan intensif di pusat rawatan.

Sumber: iNews.ID

SKIP THIS AD ×