berita

Pengantin Lelaki Terima Mas Kahwin RM1.6 Juta, Siap Dapat Rumah, Kereta, Emas & Tanah Lagi!

March 17th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Siapa sangka ‘rezeki’ pengantin lelaki di Thailand selepas menerima hadiah berupa mas kahwin berjumlah 12.8 juta baht (anggaran RM1.6 juta) daripada pengantin perempuan dan majlis tersebut berlangsung pada Ahad yang lalu di bandar Khon Kaen.

Artikel Berkaitan:Pakai Emas 60kg Masa Kahwin, Tetamu Kasihan Pengantin Perempuan Kena ‘Tayang’ Hantaran’ Suami

Artikel Berkaitan: Makin Menjadi-Jadi Pula Trend Tayang Emas Di Media Sosial…

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terima Emas 1/2 Kilogram, Rumah Agam 3 Tingkat & Duit Hantaran RM30k, Wanita Bertuah Dapat Suami Kaya!

Rezeki pengantin lelaki

Foto: The Thaiger

Memetik laporan The Thaiger, pemberian mas kahwin daripada pihak pengantin perempuan berbeza daripada tradisi kebiasaan dan si suami yang dikenali Micky, 33, bertuah menerima mas kahwin daripada isterinya Bailew, 33.

Bercerita lebih lanjut, antara mas kahwin yang diterima adalah wang tunai sebanyak 2 juta baht (anggaran RM250,704), barangan kemas bernilai 500,000 baht (anggaran RM62,676), surat hak milik tanah 0.8 hektar bernilai lebih 500,000 baht (anggaran RM62,676), sebuah rumah berharga 7 juta baht (anggaran RM877,465) serta kereta BMW 3 Series berharga 2.8 juta baht (anggaran RM350,986).

Lazimnya keluarga pengantin perempuan yang akan meminta mas kahwin (sin sod) sebanyak 100,000 baht (anggaran RM12,535) hingga satu juta baht kepada (anggaran RM125,352) pihak pengantin lelaki. Menerusi satu laporan yang lain, Bailew mempunyai banyak perniagaan termasuk sebuah restoran yang maju dan keluarganya sama sekali tidak membantah selepas dia menjelaskan mahu membayar mas kahwin itu.

Ujar wanita ini lagi, dia menganggap dirinya seorang wanita yang bertuah berikutan Micky yang menjaganya dengan baik sepanjang perhubungan mereka.

Sumber: The Thaiger

SKIP THIS AD ×