Gambar sekadar hiasan
Di Jawa Barat Indonesia, ibu muda berusia 37 tahun ditikam beberapa kali akibat ucapan yang dilontarkan menyakitkan hati sang anak.
Artikel Berkaitan: Anak Geram! Bapa ‘Biawak Hidup’ Tak Mahu Cerai Ibu, Beri Alasan Nak Makan Pencen
Artikel Berkaitan: Pasangan Kekasih Maut Dalam Keadaan Berbogel, Disyaki Keracunan Karbon Monoksida
Ibu ditikam oleh anak
Menerusi laporan Tribunnews, pemilik kedai borong yang dikenali sebagai Maria Ulfa yang berusia 37 tahun telah ditikam oleh anaknya kelmarin.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis, Luthfi Olot Gigantara mengatakan pelaku yang berusia 16 tahun itu menusuk mangsa beberapa kali pada bahagian dada dan tangan hingga mengalami kecederaan serius.
Menurut Luthfi, motif pelaku menusuk ibunya akibat sakit hati kerana mangsa pernah mengeluarkan ucapan yang melukai hati anaknya.
Pelaku ini merasa dendam dan ingin melukai korban (ibu). Pelaku ini umurnya baru 16 tahun jadi masih di bawah umur, kita minta bantuan dari pihak yang berkaitan.
Sumber: Tribunnews