
Anak perempuan kepada bekas penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Allahyarham Mohamad Asri Ibrahim yang dikenali sebagai Atiqah meluahkan rasa rindu terhadap bapanya yang sudah 16 tahun meninggal dunia.
Artikel Berkaitan: Universe Gateway Tidak Akan Ulang Kesilapan Sama Di Konsert Intifada Rabbani – ‘Kami Tak Pernah Melarikan Diri’
Artikel Berkaitan: Ahli Kumpulan Rabbani Pernah Jadi Pelajar Al-Arqam, Berpecah Selepas Diharamkan – ‘Kami Dipantau Pihak Berkuasa & Sertai Program Pemulihan Akidah’
Anak luah rasa rindu
Menerusi Instagram (IG), Atiqah dilihat memuat naik beberapa video memaparkan momen indah Allahyarham sepanjang hayatnya.
Menurut Atiqah, dia berasa sangat sebak apabila terkenangkan arwah bapanya itu.
Rindu sangat pada Abi, tak tahu kenapa.
Mungkin setelah sekian lama Allah hadiahkan rasa ‘lupa’, hari ni Dia izinkan untuk ingat semula.
Atau mungkin, abi sendiri sedang rindukan kakak?
Tambah Atiqah, kerinduan yang ada dalam diri hanya dapat terubat dengan mendengar lagu dan alunan zikir dendangan arwah Ustaz Asri.
Andai dulu sempat rakam video abi serta momen kita bersama, pasti kakak akan simpan dan ulang tengok setiap kali rindu.
Tapi sekarang, yang tinggal cuma lagu dan zikir dari abi sebagai pengubat rindu.
Saya rindu abi dan berharap abi ada bersama dengan saya.
Komen netizen
Perkongsian Atiqah itu kemudiannya menyentuh hati rata-rata netizen yang turut meluahkan rasa rindu untuk mendengar kelunakan suara Allahyarham Ustaz Asri.
Sekadar info, Allahyarham Ustaz Asri disahkan meninggal dunia kira-kira pada jam 11 pagi, 13 Ogos 2009 akibat serangan jantung di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur.
Sumber: IG tiqasri