berita

Anak Zainal Abidin Mengaku Tak Bersalah Pukul Isteri, Suzur Sofia Enggan Berdiam Diri – ‘Saya Pastikan Semua Terima Akibat’

September 15th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Suzur Sofia Zaiza

Bekas menantu kepada jurulatih bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin iaitu Suzur Sofia enggan lagi berdiam diri dan akan berjuang mendapatkan pembelaan buat dirinya berhubung dakwaan dipukul serta dicederakan oleh bekas suami, Zaiza.

Artikel Berkaitan: Anak Zainal Abidin Sah Bercerai Talak Satu, Isteri Tidak Simpan Dendam

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Awak Tak Ada Hak Nak Panggil Saya Sund** Ba** Atau Anjing’ – Bekas Menantu Zainal Abidin

Enggan berdiam diri

Suzur Sofia Zaiza

Menerusi hantaran di Instagram, Sofia turut memberi amaran kepada semua pihak yang terlibat dan bersubahat dengan bekas suaminya bahawa mereka akan menerima akibat.

Saya akan pastikan semua pihak yang terlibat dan bersubahat serta bersekongkol menerima akibat.

Mana-mana pihak yang selama ini telah mengugut saya dan mencari pasal tak semena-mena serta yang langsung tak ada kaitan pertalian darah sila muncul ke depan.

Jaga rumah tangga isi rumah dahulu kemudian hadap saya. Jangan campakkan diri anda ke dalam hal isu saya perjuangkan anak-anak. Saya takkan berdiam diri.

Jangan ugutan makan diri sendiri seperti yang suda sedia ada. Siapa makan cili dia rasa pedas.

Dalam masa sama, Sofia berkata tiada mana-mana individu yang mahu mengaku salah sekiranya dia melakukan kesalahan. Justeru, dia meminta si pelaku untuk tampil menyerah diri.

Tak pernah ada org mengaku dia buat salah. Tak pernah juga ada orang mengaku sekiranya dia boleh dikenakan di bawah akta 39A atau 39B. Akta dadah berbahaya.

Ini hanya sekadar perkongsian. Minta maaf kalau ada yang terasa. Sila serah diri. Harap maklum.

Terdahulu, Zaiza mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memukul dan mencederakan bekas isterinya, Suzur Sofia.

Zaiza membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Muhammad Bukhori di Mahkamah Sepang, semalam.

Untuk rekod, Zaiza dan Sofia mendirikan rumah tangga Januari 2016 dan disahkan bercerai talak satu pada Jun lalu. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×