berita

[VIDEO] ‘Awak Tak Ada Hak Nak Panggil Saya Sund** Ba** Atau Anjing’ – Bekas Menantu Zainal Abidin

August 24th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Suzur Sofia

Bekas menantu kepada jurulatih bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin iaitu Suzur Sofia tampil mendakwa dia pernah dilayan dengan buruk malah dihina oleh bekas suami, Mohd Zaiza.

Artikel Berkaitan: Anak Zainal Abidin Sah Bercerai Talak Satu, Isteri Tidak Simpan Dendam

Artikel Berkaitan: ‘Bapa Aku Yang Sara Biawak Hidup & Bagi Cucu Duit’ – Menantu Zainal Abidin

Artikel Berkaitan: Zainal Abidin Mengaku Dah Cerai Dengan Fyna Jebat, Keluar Makan Nak Selesaikan Beberapa Hal

Pendedahan untuk keadilan

Suzur Sofia

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Sofia mendedahkan bahawa dia dicaci maki dengan gelaran yang tidak baik, malah dia juga pernah ditertawakan oleh keluarga bekas suaminya ketika berada di dalam kesusahan.

Jangan kata ini semua fitnah kerana bukti semua ada. Bukan hanya setakat dalam mesej tetapi juga bentuk lain. Hina sungguh saya dibuatnya.

Kalau dengan ini boleh mendapat respon awak, saya akan buat. Tidak pernah sekalipun adik-beradik saya serta saudara mara saya masuk campur dan memberi pandangan buruk terhadap perkara yang berlaku.

Dalam pada itu, wanita berusia 37 tahun ini turut membongkarkan bahawa bekas suaminya didakwa mengabaikan nafkah selain bertindak melelong rumah mereka.

Nafkah awak tak bagi langsung pun saya terima kerana bagi awak peluang untuk cari kerja. Bulan demi bulan, masuk ke tahun lamanya berjanji untuk bekerja.

Awak lelong rumah dan buat saya hilang tempat berteduh dan bawa lari anak-anak ketika saya tengah bekerja kerana awak tak bayar rumah dan menipu mengatakan ayah awak bayar.

Seminggu saya duduk di hotel dan menumpang rumah kawan sementara cari rumah baru dan memohon cuti sehingga kurang pendapatan saya.

Saya sampai di rumah, saya nampak ada tuan rumah baru. Awak lelong sekali dengan segala barang di rumah. Saya hanya dibenarkan bawa baju-baju saya sahaja dan atas budi bicara tuan rumah baru.

Walau bagaimanapun, Sofia tetap mengucapkan rasa syukur kerana diberi kehidupan yang lebih baik meskipun dianiaya.

Terdahulu, Sofia dan Zaiza bercerai talak satu pada 14 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk info, pasangan itu berkahwin pada 15 Januari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana, 2.

@sofiasmeth

Wahai Mohd Zaiza Bin Zainal Abidin, Awak tak ada hak nak panggil saya sundal babi atau anjing. Sundal babi anjing ini lah yang banyak berkorban menyara awak dan anak2.Dia mengaku sendiri satu keluarga dia gelakkan saya dengan kesusahan kesulitan saya. Tak mengapa, gelak lah dan berpesta lah kerana hari kalian akan tiba. Anak2 itu semua cerminan org tua. Jangan kata ini semua fitnah kerana bukti semua ada. Bukan hanya setakat dalam mesej tetapi juga bentuk lain. Hina sungguh saya dibuatnya. Kalau dengan ini boleh mendapat respon awak, saya akan buat. Tidak pernah sekalipun adik beradik saya serta saudara mara saya masuk campur dan memberi pandangan buruk terhadap perkara yg berlaku apalagi mereka bukan Islam. Mohon jangan buat yang bukan Islam berasa ragu serta berpandangan negatif dengan agama Islam yang sebenarnya sungguh mudah dan indah. Tunjukkan lah contoh yang baik. Sekurangnya saya mati, saya tak menyesal kerana dah berjuang. Cerita disini bukan nak aibkan, kerana setengah mati saya pernah dibuat nya. Dan dibawa nya JAIS ke rumah saya namun sia2. Sungguh hitam hati awak. Sampai begitu sekali. Awak suruh anggota meniduri saya beramai2 di tempat awam di lobby rumah saya di hadapan org ramai. Kejam sungguh. Selama saya mendirikan rumah tangga dgn awak, sekali saya tak pernah merasa solat berjemaah. Tak pernah sekali awak menjadi imam saya. Saya belajar dan mengikuti kelas mengaji bayaran sendiri secara online dan fizikal. Saya turut membayar segala kelas mengaji anak dan sekolah anak.Al Fatihah pun awak tak pernah ajar. Nafkah awak tak bagi langsung pun saya terima kerana bagi awk peluang untuk cari kerja. Bulan demi bulan, masuk ke tahun lamanya berjanji untuk bekerja.Arwah ayah saya sehingga menutup mata risau akan anak perempuan sulungnya yang dia serahkan kpd awk. Awk gagal. GAGAL. Tidak pernah sekalipun arwah mengungkit sebaliknya membantu kerana mahu menjaga hati anak perempuan nya. Awak lelong rumah dan buat saya hilang tempat berteduh dan bawa lari anak2 ketika saya tengah bekerja kerana awak tak bayar rumah dan menipu mengatakan ayah awak bayar. Seminggu saya duduk di hotel dan menumpang rumah kawan sementara cari rumah baru dan memohon cuti sehingga kurang pendapatan saya. Saya sampai di rumah, saya nampak ada tuan rumah baru. Awak lelong sekali dengan segala barang di rumah. Saya hanya dibenarkan bawa baju2 saya sahaja dan atas budi bicara tuan rumah baru. Kejam awak. Dan kalian gelakkan saya? Dan menuduh saya tinggalkan rumah dan anak2? Bergembiralah. Ingatlah dalam keluargamu ada kaum hawa. Doa saya semoga Allah bagi keadilan dan tunjukkan jalan Ya Allah serta janganlah persia-siakan perjuangan aku sebagai seorang ibu kandung dan seorang muallaf yang teraniaya. Takkan kalian tenang dan bahagia. Aku hanya manusia biasa, perasaan sakit hati itu sifat manusia. Segala milik aku kalian rampas dan kalian caci maki semua org yg Allah pertemukan dengan aku yang membantu. Alhamdulillah, skrg Allah tunjukkan satu persatu jalan untuk aku. Memulakan kehidupan baru yang lebih baik dan diluaskan pintu rezeki. Memiliki rumah sendiri serta perniagaan kecilan dan meneruskan perniagaan arwah ayah. Allah tak pernah tidur. Sentiasa percaya dengan Allah dan Agama Islam itu mudah tapi individu itu sendiri yang merumitkan.

? Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Sumber: TikTok Sofia

SKIP THIS AD ×