berita

#AnakAnakMalaysia2023 Kini Kembali! Sertai dan nikmati kesemuanya di Eco Grandeur!

August 22nd, 2023 | by Azyan
Kini Trending

#AnakAnakMalaysia 2023 dari EcoWorld kini kembali lagi!

Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal berlangsung tak lama lagi, memang sesuai sangat lah untuk kita ambil peluang ini, ajak rakyat Malaysia untuk mula melindungi alam sekitar negara kita.

Kempen dengan tagline #ActionGreeneration ini membawa maksud melakukan sesuatu dengan tujuan untuk memperoleh hasil, manakala perkataan hibrid dari Green dan Generation merupakan istilah untuk memperkenalkan dan juga memupuk generasi yang lebih eco-friendly.

Jom tengok apa yang ada dekat festival ni! Confirm best lah!

Ketuk-Ketuk Festival dari RIUH – Bazaar Hijau yang menarik dan acara lain yang dikuasakan oleh kenderaan elektrik (EV)

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, tahun ni lebih gempak weh. Mesti korang tak sangka
yang kita akan ada festival bazaar hijau!

Bagi Ketuk-Ketuk Festival dari RIUH, sebanyak 40 vendor yang berfokus kepada konsep sustainability menjual pelbagai produk mesra alam.

Lebih menarik, sebahagian daripada gerai-gerai yang ada di situ akan menggunakan kuasa kenderaan elektrik (EVs) yang ditaja oleh Yinson GreenTech.

Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak korang seperti membuat jus dengan melakukan kayuhan basikal, runag permainan yang berkonsepkan kayu, permainan traditional seperti congkak dan pelbagai permainan menarik serta bengkel yang bertemakan Eco.

Korang juga perlu bersedia untuk lebih kegembiraan dengan cabutan bertuah* yang sangat menarik dan menyeronokkan.

Jangan tunggu lagi, rancang percutian korang, kerana korang mungkin pemenang bertuah tersebut!

*Tertakluk Terma & Syarat

Terdapat juga Pesta Perjumpaan Kenderaan Elektrik (EV) pada 9 September 2023

Kredit Foto: Aurizn

Acara menarik ini merupakan tontonan wajib sekiranya korang seorang peminat EV. Bersedia untuk menyaksikan pelbagai jenama EV yang mempamerkan kebolehan dan reka bentuk mereka dalam festival perjumpaan ini.

Pada hari tersebut, mereka juga menyediakan persembahan Tesla Lighting yang sangat memukau dan pastinya membuat korang kagum!

Tahu tak apa tu Cabaran Electro Blitz? Ia adalah Cabaran PEV yang PERTAMA di Malaysia!

Alami atmosfera pengembaraan yang menyeronokkan di Cabaran Electro Blitz nanti! Pra- pendaftaran akan disediakan tidak lama lagi & terdapat pelbagai kategori yang direka khas mengikut citarasa korang.

Meskipun korang hanya penonton, denyutan nadi korang pasti akan meningkat semasa menonton
cabaran ini! Ayuh ke sana untuk memberi semangat kepada peserta dan menikmati acara ini bersama.

Korang boleh mengikuti halaman Facebook TREX Bike Park at Grandeur Labs untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Korang juga boleh menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman di Grandeur Labs tau!

Apa yang bestnya bila korang ke festival ni ialah selain daripada dapat buat macam-macam jenis aktiviti dan mempelajari dengan lebih teliti mengenai persekitaran kita, korang juga boleh menikmati pelbagai jenis makanan serta minuman dari vendor-vendor yang ada!

Antara F&B yang ada ialah Nando’s, Sushi King, Texas Chicken, Starbucks, Andra by Gula Cakery dan sebagainya.

Sambil-sambil makan boleh layan live performance!

Memang sesuai sangat lah kesini pada hujung minggu nanti. Satu tempat ada semua nya!

Dari aktiviti sampai ke live performance! Pengungjung bakal dihiburkan dengan persembahan menarik daripada Leaism, HelloLuqman, Angel X Rocksta, Liesl-Mae, Khodi, Amrita Soon, Wan Sin Hoe, dan Site Specific Dance!

Nak pergi? Jom!

Festival ini akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 9 dan 10 September. Bermula dari jam 6PM sehingga 11PM, bertempat di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam!

Bersedia untuk dua kali ekstra keseronokan dan tiga kali ekstra kegembiraan! Korang bukan sahaja dapat merasai kegembiraan #AAM2023 di Eco Grandeur, malah korang juga boleh melawat galeri jualan EcoWorld yang lain untuk mendapatkan pengalaman hijau yang luar biasa menerusi program #AnakAnakMalaysia 2023!

Tandakan tarikh-tarikh menarik di bawah di kalendar korang :

  1. Lokasi: Eco Tropics @ Pasir Gudang, Johor
    Tarikh: 25 Ogos 2023 – 27 Ogos 2023
    Masa: 3PM – 10PM
    Acara: Bazaar Lokal, Pameran Kelestarian dan lain-lain
  2. Lokasi: Eco Spring @ Tebrau, Johor
    Tarikh: 31 Ogos 2023 – 3 September 2023
    Masa: 4PM – 11PM
    Acara: Bazaar Merdeka, Aktiviti Kanak-Kanak dan Persembahan
  3. Lokasi: Eco Galleria @ Iskandar Puteri
    Tarikh: 31 Ogos 2023 – 3 September 2023
    Masa: 12PM – 10PM
    Acara: #AAM Karnival, “Taste of Malaysia” Bazaar Makan-Makan, Supa Dupa dan lain-lain
  4. Lokasi: Eco Galleria @ Iskandar Puteri
    Tarikh: 7 September 2023 – 10 September 2023
    Masa: 10AM – 10AM
    Acara: City Gardening Event (Malaysia Largest Plant Mega Sales) & Mercedes Benz EVs Show
  5. Lokasi: Eco Horizon @ Bandar Cassia, Pulau Pinang
    Tarikh: 9 September 2023 (Hari Pertama)
    Masa: 2PM – 4PM
    Acara: Pertandingan Fashion Show Kanak-Kanak
    Tarikh: 10 September 2023 (Hari Kedua)
    Masa: 11:30AM – 2PM
    Acara: Persembahan dari BBK Channel & Pertandingan Melukis dan Mewarna untuk Kanak-Kanak
  6. Lokasi: Eco Ardence @ Setia Alam, Klang Valley
    Tarikh: 9 September 2023 – 10 September 2023
    Masa: 10AM – 6PM
    Acara: “Cardboard Playland”
  7. Lokasi: Sanctuary Mall @ Eco Sanctuary, Klang Valley
    Tarikh: 23 September 2023 – 24 September 2023
    Masa: 11AM – 8PM
    Acara: “Cardboard Playland”

Alami dunia yang penuh dengan inovasi teknologi hijau, pengalaman yang menakjubkan, dan kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan!

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web EcoWorld. Jumpa korang di sana!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×