Baru-baru ini, kes kemalangan akibat struktur jalan raya yang kurang baik seringkali menduga pengguna jalan raya lebih-lebih lagi penunggang motosikal dan basikal.
Artikel berkaitan: Guna Duit Sendiri Turap Jalan, Lando Zawawi & Brotherhood Sedang Uji Bahan Rekaan Terbaru
Namun, menerusi kenyataan yang dimuatnaik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Facebook, mereka menggesa orang awam untuk menghubungi DBKL jika menemui jalan berlubang di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
Gesa orang ramai buat aduan
Foto: DBKL
Menurut pihak DBKL, selain daripada rondaan oleh Unit PSDT DBKL untuk mengesan kerosakan jalan, orang awam juga boleh membantu menyalurkan maklumat mengenainya dengan membuat aduan.
Jika anda temui jalan berlubang…boleh whatsapp ke unit ini di talian 011 62396652 atau hubungi terus Pusat Panggilan Setempat DBKL di taluan 1 800 88 3255.
Aduan juga boleh dibuat melalui surat atau bersemuka melalui Pejabat Cawangan DBKL yang berdekatan dengan anda. Tindakan baikpulih terhadap jalan yang rosak akan dilakukan segera.
Baik pulih jalan sekitar Kuala Lumpur
Foto: DBKL
Dalam pada itu, kerja-kerja tampalan juga telah dilakukan oleh Unit Rondaan DBKL berhampiran Muzium Tekstil, Jalan Hishamuddin pada lewat malam, 6 Januari lalu. Kerosakan itu dikesan dan terus dibaik pulih oleh unit Public Service Delivery Transformation (PSDT) DBKL.
Sumber: DBKL.