berita

‘Andai Hari Ini Hari Terakhir Saya..’ – Pesanan Khas Mawar Buat Anaknya Maryam Bikin Sebak!

July 20th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui bahawa kemelut rumah tangga antara Fizo Omar dan Mawar Karim akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila mereka sah bercerai pada 10 Julai lalu. Namun, penceraian tersebut tidak menjejaskan tanggungjawab mereka berdua terhadap puteri tunggal mereka iaitu Wan Maryam.

Terbaru, menerusi Youtube Ustaz Ebit Lew, penceramah bebas tersebut berkesempatan mengunjungi Mawar dan keluarganya dalam sebuah program Door to Door Ebit Lew. Program yang berbentuk majlis tazkirah itu dipenuhi dengan pelbagai pengisian dan sesi soal jawab. Ternyata, pesanan Mawar buat Maryam di saat akhir majlis itu bikin sebak!

Jagalah amalan sebagai seorang Islam

Menerusi video berdurasi 38:08 saat itu, Mawar ditanya mengenai pesanan terakhir buat anaknya jika hari ini menjadi hari terakhir hidupnya di dunia. Menurutnya, kalau dia sudah tiada di dunia, Maryam perlu menjaga amalannya sebagai orang Islam seperti menjaga solat.

Di samping itu, Mawar turut berharap puterinya itu sentiasa bahagia dan menjaga diri dengan baik. Walaupun dirinya dan bekas suami sudah berpisah, kasih sayang terhadap Maryam tetap akan sama malah tidak akan berkurang. Tambahnya, semua yang terjadi di antara dirinya dan bekas suami pasti mempunyai sebab dan mereka tidak meminta untuk menjadi sedemikian.

Kena gembira apabila sampai ajal

Ustaz Ebit turut berkongsi mengenai ujian dan cara mendidik hati daripada terus bersangka buruk ketika kunjungan tersebut. Menurutnya, setiap individu perlu belajar memaafkan dan membersihkan hati. Kalau hari ini hari terakhir, selagi hidup kita kena ada semangat untuk berjuang. Tapi kalau hari ini hari terakhir kita hidup di dunia, kita kena berasa gembira apabila sampai ajal sebab dapat bertemu Allah.

Selain itu, beliau turut berkongsi agar sentiasalah mengadu kepada Allah melalui doa kerana ia boleh menjadi asbab kepada kebaikan semua. Berhubung penceraian Mawar dan Fizo, dia menasihatkan supaya mereka muhasabah diri dan memperbaiki segala kekurangan yang ada supaya menjadi insan yang hebat bukan sahaja di mata manusia malah di mata Allah s.w.t.

Sumber: Ebit Lew

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.