berita

‘Seandainya Dia Sudah Tentukan Perpisahan Adalah Yang Terbaik Buat Kami, Saya Redha’ – Fizo Omar

June 24th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kemelut rumah tangga pelakon dan usahawan terkenal Fizo Omar dan isterinya Mawar Abdul Karim kian menjadi bualan hangat. Hal ini tercetus apabila Mawar dikatakan sudah berjumpa dengan peguam untuk mendapatkan nasihat bagi masalah yang dihadapi mereka.

Fizo akhirnya membuka mulut menerusi Harian Metro, dia menafikan bahawa masalah rumah tangganya berpunca daripada orang ketiga.

Sudah berusaha sehabis baik

Dia berkata pada mulanya masalah yang dihadapi tidak begitu serius dan mereka sudah berbincang secara baik untuk menyelesaikannya pada Ramadan lalu. Selain itu, dia sudah berusaha beri yang terbaik untuk rumah tangganya.

Saya tidak menyalahkan Mawar atau mahu mengaibkan sesiapa pun atas apa yang berlaku. Apa yang berlaku adalah ujian Allah untuk menguji keimanan hamba-Nya.

Saya berdoa Allah kurniakan penyelesaian terbaik dalam rumah tangga kami. Seandainya Dia sudah tentukan perpisahan adalah yang terbaik buat kami, saya reda dengan ketentuan-Nya.

Namun, apabila saya dapat tahu Mawar sudah mendapat nasihat daripada peguam, saya tahu perkara ini sudah menjadi serius.

Terkejut Mawar jumpa peguam

Dia turut terkejut dengan berita Mawar bertemu dengan peguam untuk mendapat nasihat berkaitan rumah tangga mereka dan hanya mengetahuinya menerusi media. Tambahnya lagi, apa yang berlaku, dia tetap tidak akan mensia-siakan anak mereka iaitu Wan Maryam yang kini berusia 2 tahun.

Saya sendiri terkejut apabila dapat tahu mengenai berita itu. Buat masa ini, saya masih menunggu perkembangan dan tindakan selanjutnya daripada Mawar dan peguamnya untuk menyelesaikan isu rumah tangga kami ini.

Empat tahun saya menunggu kehadiran cahaya mata dan Wan Maryam adalah darah daging saya. Hubungan darah itu tidak akan terputus sampai bila-bila. Saya mohon semua sama-sama mendoakan yang terbaik buat kami.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.