Personaliti media sosial, Andika Putera berkongsi perkembangan terkini anak perempuannya, Alisha Puteri selepas menjalani pembedahan mata baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Sudut Kejulingan Alisha Adalah 45, Doktor Saran Untuk Buat Pembedahan Mata’ – Andika Putera

Artikel Berkaitan: Andika Putera Bidas Netizen Persoal Pakaian Alisha – ‘Kami Dah Beli Baju Cantik Tapi Tak Lawa Di Mata Anak’

Perkongsian Andika

Menerusi hantaran di TikTok, Andika memuat naik foto terkini anaknya selepas tiga hari menjalani pembedahan tersebut.

Ramai minta update perkembangan anak saya.

Ini tiga hari selepas pembedahan, Alhamdulillah makin boleh buka mata.

Doktor cakap selepas tiga ke empat minggu sudut juling mata dia akan semakin baik.

Menurut Andika, puterinya itu dijadualkan bakal menjalani satu lagi pembedahan mata iaitu sekitar awal tahun hadapan.

Alisha akan buat pembedahan mata dia lagi pada tahun depan, mungkin dalam bulan Januari atau Februari.

Sebab sudut kejulingan dia diopter (degree). Pembedahan boleh ubah sekitar 60 diopter sahaja.

Jadi ada baki diopter itu lagi untuk betul-betul luruskan mata Alisha.

Tambah Andika, Alisha adalah sebab utama dirinya terus berusaha bagi memastikan anaknya itu mendapat kualiti kehidupan yang lebih baik.

Kuat sangat Alisha, kecil-kecil dah banyak ujian kena lalui.

Inilah motivasi untuk saya, sentiasa kuat, tak putus asa dan sentiasa kerja keras demi kebaikan Alisha.

Nak berikan yang terbaik untuk dia dan keluarga sekarang ini.

Doakan mata Alisha sembuh dan pembedahan tahun depan dipermudahkan segala urusan.

Sumber: TikTok