![[VIDEO] Isteri Andika Putera Mula Dedah Wajah, Netizen Puji Rupa Paras – ‘Tak Jemu Tengok, Comel Sangat’](https://asset.ohbulan.com/2025/12/dr-amalina.jpg)
Isteri kepada pempengaruh media sosial, Andika Putera iaitu Dr Amalina Aiza menyorot perhatian apabila dilihat mula mendedahkan rupa parasnya kepada umum.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Andika Matang, Tak Cemburu Andika Putera Bergambar Dengan Alisha & Ananda Natasha – ‘Kasih Sayang Yang Adil Untuk Anak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Pilih Andika Putera Sebagai Suami Sebab Nak Kelainan, Bosan Bercinta Dengan Doktor – ‘Kami Sibuk, Kalau Borak Pun Pasal Kerja’
Dah buka pelitup muka?
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Dr Amalina dilihat berkongsi momen bersama Andika bercuti di luar negara.
Hantaran berdurasi selama 10 saat itu meraih perhatian netizen yang memuji rupa paras Dr Amalina apabila tidak lagi mengenakan pelitup muka.
Dalam masa yang sama, rata-rata netizen teruja melihat raut wajah Dr Amalina kerana dia memiliki rupa paras yang sangat comel.
Komen netizen




Difahamkan semenjak mendirikan rumah tangga, Dr Amalina memilih untuk tidak mendedahkan wajahnya secara umum berikutan didakwa menerima pelbagai kecaman.
Ekoran itu, Dr Amalina memilih untuk mengenakan pelitup muka setiap kali memuat naik konten atau hantaran di media sosial.
Sekadar info, pada 15 Januari lalu, Dr Amalina sah bergelar isteri kepada pempegaruh berusia 28 tahun itu.
Imbas kembali, Andika dan bekas isterinya, Ananda Natasha bercerai kali pertama pada tahun 2022 namun kembali rujuk demi kebaikan anak, Alisha Puteri sebelum mengambil keputusan untuk bercerai semula pada Disember tahun lalu.
Sumber: TikTok @amalinaaiza








