berita

Anggap Ibadah Puasa Tidak Masuk Akal, Justin Bieber & Hailey Kena Kecam

April 5th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Pasangan selebriti, Justin Bieber dan Hailey Bieber menerima kecaman daripada warganet selepas melontarkan komen tidak baik tentang berpuasa di bulan Ramadan.

Artikel Berkaitan: Mahu Kebaikan Untuk Semua, Selena Gomez Mohon Peminat Henti Sindir Hailey Bieber

Puasa tak masuk akal

Ketika temu bual di atas talian, Justin dan Hailey dilihat mempersendakan individu yang berpuasa. Menerusi rakaman video, Justin berkata dia perlu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menahan diri daripada minum dan makan seharian.

Saya perlu fikirkannya terlebih dahulu dengan mendalam sebab saya tidak pernah melakukannya. Saya rasa badan saya perlukan nutrisi untuk berfikir dengan betul.

Sementara itu, Hailey menyifatkan tindakan tidak makan dan minum untuk sepanjang hari sangat tidak logik.

Puasa bagi saya tidak masuk akal. Kalau berpuasa televisyen atau telefon bimbit itu saya percaya. Tapi kalau berpuasa makan itu tidak masuk akal.

Kalau puasa gula-gula atau gula minuman itu mungkin sesuai untuk saya.

Sumber: Thekashmirmonitor

SKIP THIS AD ×