Persengkataan antara Hailey Bieber dan Selena Gomez masih hangat diperkatakan di media sosial. Tambah pula, netizen turut memanaskan isu ini dengan mengaitkan penyanyi terkenal, Justin Bieber.
Artikel Berkaitan: Justin Bieber Larang Isteri Berbaik Dengan Selena Gomez
Artikel Berkaitan: Selena Gomez Nafi Bermusuh Dengan Hailey Bieber – ‘Siap Laga-Laga Pipi & Borak Ketika Majlis’
Siber buli
Menerusi laporan Pop Base, penyanyi Selena Gomez memuat naik komen di aplikasi TikTok dengan menitip pesan buat semua untuk sentiasa mempertimbangkan masalah mental seseorang yang menghadapinya.
Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, namun, para warganet memahami maksud pelantun lagu ‘Who Says‘ itu.
Terima kasih untuk semua kasih sayang, saya bersyukur dengan sokongan yang diberi.
Sila bersangka baik dan pertimbangkan kesihatan mental orang lain. Hati saya berat dan saya hanya mahukan kebaikan untuk semua.
Terdahulu, penyanyi berusia 30 tahun itu dikatakan dibuli secara dalam talian oleh Hailey dan bintang realiti Kylie Jenner. Peminat mengandaikan hal itu disengajakan apabila mereka menyindir Selena yang tersilap melukis keningnya.
Susulan daripada itu, Selena turut memaklumkan untuk berehat daripada media sosial oleh kerana usianya yang meningkat untuk menghadapi ‘drama’ sebegini.
Sumber: Twitter @PopBase