Semalam, anggota polis yang dirakam menekan lututnya di leher Floyd selama hampir sembilan minit, tiba di Mahkamah Daerah Hennepin, Amerika Syarikat.
Menerusi laporan The New York Times, anggota polis yang dikenali sebagai Derek Chauvin itu dikenakan ikat jamin AS$1 juta iaitu RM4.26 juta oleh pihak mahkamah selepas dituduh sebagai punca kematian George Floyd.
Perlu serah senjata api
Sekadar gambar hiasan
Menurut sumber, Chauvin yang berusia 44 tahun itu muncul melalui video dari penjara negeri Minnesota untuk menghadapi tuduhan pembunuhan darjah kedua, pembunuhan darjah ketiga dan pembunuhan. Namun, tiada pengakuan direkodkan daripadanya dan Hakim Mahkamah Daerah Hennepin telah menetapkan jaminannya sebanyak AS$1 juta dengan syarat atau AS$1.25 juta (RM5.32 juta) tanpa syarat.
Pada masa yang sama, hakim yang mengendalikan kes tersebut menetapkan syarat di mana dia perlu menyerahkan senjata api, tidak bekerja dalam penguatkuasaan undang-undang atau keamanan dalam apa pun kemampuannya, dan tidak memiliki kontak dengan keluarga Floyd. Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama puluhan tahun jika disabitkan kesalahan.
Membantu dan bersubahat
Selain Chauvin, tiga anggota polis yang lain telah tiba di mahkamah pada minggu lalu kerana dituduh membantu dan bersubahat berhubung kes pembunuhan Floyd. Ini kerana, mereka turut berada dalam situasi berkenaan. Mengenai kerjaya mereka, keempat-empat mereka sudah dipecat daripada perkhidmatan polis.
Baru-baru ini juga, penggubal undang-undang Demokrat di Washington, melutut sebagai memperingati kematian Floyd sebelum melancarkan reformasi polis sebagai tindak balas terhadap pembunuhan orang kulit gelap Amerika yang tidak bersenjata oleh penguat kuasa undang-undang. Langkah itu berlaku sehari selepas Majlis Perbandaran Minneapolis memilih untuk merombak dan membangunkan semula jabatan polis di bandar di mana Floyd yang berusia 46 tahun meninggal dalam penangkapan pada 25 Mei. Ribuan orang turut berkabung dan memberi penghormatan terakhirbuat Floyd.
Sumber: The New York Times