Pelakon, Aniq Suhair mendedahkan sanggup melakukan apa sahaja demi menjayakan watak yang diberikan termasuk membotakkan kepala.

Artikel Berkaitan: Lutut Aniq Suhair ‘Koyak’, Terima Enam Jahitan – ‘Saya Tergelincir, Kaki Tersadung Batu’

Artikel Berkaitan: Hampir Dua Tahun ‘Hilang’, Aniq Suhair Banyak Muhasabah Diri – ‘Tempoh Berehat Saya Jumpa Kunci Perantara Dengan Allah’

Terbuka

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Muhammad Aniq Suhair Mohd. Salleh, 26, berkata dia terbuka untuk melakukan apa sahaja selagi ia dapat menampilkan sisi berbeza dalam setiap watak yang diberikan.

Saya sangat-sangat suka dan okay saja. Tidak kisah sama ada diminta untuk membotakkan kepala atau kening sebelah pun okay sahaja.

Asalkan perkara itu menampilkan sisi berbeza bagi setiap watak.

Aniq berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama lakonannya, Hanya Untuk Dia di Balai Berita, Media Prima.

Bagaimanapun, Aniq berkata setakat ini dia masih belum berpeluang untuk membawa watak yang luar biasa.

Belum ada rezeki untuk dapat watak yang luar biasa lagi setakat ini.

Kebiasaannya watak yang diberi hanyalah lelaki kacak dan comel saja.