
Hampir dua tahun hilang dari radar seni, pelakon, Aniq Suhair tidak berasa kesal mahupun ralat ketika mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada industri hiburan.
Artikel Berkaitan: A Aida Tak Galak Anak Jadi Pelakon Sepenuh Masa – ‘Saya Mahu Dia Uruskan Syarikat’
Dekatkan diri dengan Tuhan

Aniq atau nama lengkap Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 25, berkata, sepanjang tempoh itu dia mencari ketenangan dengan Sang Pencipta dan menemui kebahagiaan yang tidak pernah dirasai selama ini.
Saya tidak berasa kesal memilih untuk mengundurkan diri ketika nama sedang naik, sepanjang tempoh menyepi itu saya dapat ketenangan yang tak mampu untuk saya gambarkan.
Tempoh berehat itu saya jumpa ‘sesuatu’, itu adalah kunci perantara saya dengan Allah. Saya lebih ke arah itu (keagamaan).
Aniq berkata demikian ketika ditemui di sidang media telefilem Boss Nak Cuti yang ditayangkan di saluran Salam HD, 113.
Ditanya adakah tidak akan menghilang lagi selepas ini, Aniq menjawab dia terbuka untuk kembali aktif semula, namun bergantung kepada tawaran lakonan dan masa.
Saya banyak komitmen ketika ini, namun jika ada tiada kekangan masa dan jadual yang mengizinkan, saya terbuka sahaja untuk berlakon.
Untuk masa sekarang saya hanya ambil tawaran kerja yang tidak menuntut masa yang lama, yang penggambarannya hanya seminggu.
Saya uruskan perniagaan dengan keluarga, untuk kata tidak akan jayakan drama yang panjang saya tidak berani beri kata putus. Lihat kepada keadaan.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai gandingan bersama Azeva Natassha dalam Boss Nak Cuti, bekas peserta Hero Remaja 2019/2020 mengakui tidak sukar mencari titik keserasian antara mereka.
Tak susah untuk kami cari keserasian sebab di luat set penggambaran kami berdua memang berkawan, kami kenal sejak sekolah.
Ini merupakan drama kedua kami, sebelum ini pernah berlakon sama. Jadi mudah untuk kami bekerjasama kali kedua.
Sinopsis Boss Nak Cuti

Bos Nak Cuti mengisahkan Melati (Azeva) yang terdesak mahu cuti untuk pulang ke kampung, tetapi dihalang bos barunya, Adrian (Aniq). Melati nekad menipu Adrian kononnya perlu ke luar bandar demi tugasan kerja, namun sebenarnya membawa bosnya pulang ke kampung.
Pelbagai insiden lucu dan konflik berlaku, termasuk cinta tak dijangka yang mula berputik antara mereka. Ketegangan memuncak apabila Melati hampir bertunang dengan lelaki kampung yang rupa-rupanya penipu. Akhirnya, Adrian hadir sebagai penyelamat dan melamarnya dengan restu ibu.





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

