Seorang wanita di Bandung, Indonesia mendakwa diseksa dan dikurung oleh teman lelakinya selama tiga tahun.

Artikel Berkaitan: Influencer & Peguam Didakwa Rancang Bunuh Penyanyi, Kantoi Selepas FBI Menyamar Jadi Pembunuh Upahan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kes Tikam 61 Kali: ‘Suspek Guna Kereta Ayah Untuk Bunuh Mangsa, Empat Kali Cuci Nak Hilangkan Kesan Darah’ – Ketua Polis Kelantan

Wanita didera teman lelaki

Mangsa yang dikenali sebagai Yuvita Tri Rezeki berkongsi pengalaman hitamnya itu menerusi sebuah podcast bersama YouTuber terkenal, Denny Sumargo.

Menurut Yuvita, kehidupannya berubah selepas kira-kira sebulan menjalinkan hubungan dengan suspek yang dikenali sebagai Taufik Hidayat apabila dia mendakwa diserang menggunakan senjata tajam sehingga kehilangan penglihatan.

Pada awalnya semuanya baik-baik saja, tetapi selepas seminggu atau sebulan berkenalan, saya menjadi buta.

Keadaan itu menyebabkan mangsa tidak berupaya melarikan diri atau mempertahankan dirinya daripada terus menjadi sasaran penderaan.

Lebih menyayat hati, Yuvita mendakwa dia turut mengalami pelbagai bentuk kekerasan lain termasuk bibir dan lidah yang digunting serta kaki yang dipatahkan. 

Dia juga mendakwa akan dihukum setiap kali cuba mendapatkan bantuan atau melawan.

Mula-mula mata yang dipukul, kemudian telinga, kemudian kaki. Kaki saya juga dipukul menggunakan parang.

Kalau saya bersuara, dia akan menyeksa saya lagi.

Yuvita diberi makan sekali sehari

Yuvita berkata, walaupun suspek bekerja sebagai pengutip hutang dan kerap membawanya keluar, dia tetap tidak mempunyai peluang untuk melarikan diri kerana keadaan fizikalnya yang semakin lemah selain tidak dapat melihat.

Mangsa turut mendakwa dipaksa memakai tatu dan hanya diberi makan sekali sehari.

Kalau makan pun, saya makan sendiri. Selebihnya saya disuruh berbaring di bilik air kerana saya tidak dapat melihat dan tidak tahu bagaimana hendak mandi.

Tambahnya, kecederaan yang dialami turut menyebabkan bahagian kepalanya dijangkiti kuman sehingga dipenuhi cecair akibat luka. Menurut mangsa, suspek akhirnya membawanya mendapatkan rawatan di hospital dengan bantuan penjaga rumah sewa.

Bagaimanapun, suspek dilaporkan melarikan diri dan sehingga kini masih belum berjaya dikesan oleh pihak berkuasa.

Sumber: Metropolitan, Youtube