
Usahawan Farhana Zahra hadir memberi keterangan di Jabatan Agama Islam dan Hal Ehwal Kelantan (JAHEIK) berhubung penganjuran majlis hari jadi anaknya yang menjadi bualan hangat di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Usahawan Farhana Zahra Berhabis Setengah Juta Sambut ‘Birthday’ Anak, Hadiah RM100k Setiap Seorang – ‘Mereka Nak Pop Mart Satu Lori’
Artikel Berkaitan: Usahawan Farhana Zahra Tak Letak Hantaran Tinggi, Pesan Bantu Pasangan – ‘Jackpot Suami Saya, Bayar Murah Dapat Hasil Wow’
Farhana Zahra beri keterangan isu tema hari jadi
Menerusi hantaran di Facebook, Farhana atau lebih dikenali sebagai Cik Na memaklumkan sesi tersebut berjalan lancar dan dia telah menjelaskan keseluruhan perjalanan majlis kepada pihak berkuasa untuk dinilai.
Alhamdulillah jam 1 tengah hari tadi cikna selesai bagi keterangan dekat JAHEIK, cikna cerita semua perjalanan majlis cikna untuk dinilai pihak JAHEIK.
Cikna suka macam ini, panggil cikna untuk siasat tanpa menilai dari video.
Dalam masa sama, Farhana juga memaklumkan pihak JAHEIK ada mencadangkan pertemuan dengan Mufti Kelantan bagi mendapatkan pandangan dan nasihat lanjut, namun tidak dapat diteruskan kerana keadaan kesihatan mufti yang kurang baik.
Farhana berkata dia terbuka untuk menerima teguran serta menganggap isu yang timbul sebagai pengajaran kepada semua pihak. Namun dia berharap orang ramai berhenti menghukum secara berlebihan dan melihat perkara tersebut dengan lebih terbuka.
Yang mana masih lagi terus terusan menghukum, menghina ibarat cikna buat dosa terang-terangan macam minum arak, buat maksiat, berpakaian seksi tu berhenti lah, sebab kita semua diuji.
Kalau perkara ni cikna tak buat, kita pon xtahu perkara cikna buat boleh jadi salah. Anggap la ni satu pelajaran untuk kita semua, cikna yakin ramai yang tak tahu, jadi bila perkara ni berlaku sama-sama kita belajar.
Cikna boleh buat ‘rumah hantu’ dekat rumah pun sebab cikna tak pernah dengar isu tentang ‘rumah hantu’ tu salah, sebab dekat sekolah pun ada ‘rumah hantu’ dan dekat mana-mana ekspo di Kelantan pun ada ‘rumah hantu’. Dan ramai juga yang buat tema ‘bunian’ sebelum ni, cuma bila tak viral tiada yang bagi pandangan.
Sebelum ini, Farhana berkongsi video sambutan hari jadi anaknya dengan bertemakan ‘rumah hantu’. Bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya mengecam tindakan tersebut selain meluahkan pandangan bahawa tema sedemikian tidak sesuai dilakukan apatah lagi oleh orang beragama Islam.
Sumber: Facebook








