Usahawan Farhana Zahra mengimbas kembali momen ketika menghadirkan diri ke sebuah majlis penyerahan zakat perniagaan pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Anjur Majlis Hari Jadi Anak Bertema ‘Rumah Hantu’, Farhana Zahra Beri Keterangan Di JAHEIK

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Usahawan Farhana Zahra Berhabis Setengah Juta Sambut ‘Birthday’ Anak, Hadiah RM100k Setiap Seorang – ‘Mereka Nak Pop Mart Satu Lori’

Farhana keluarkan zakat

@farhanazahra91_

Mesti media tak nampak kat vtt ni, yang buruk2 je diorang nampak , yg baik2 diorang tak nampak kan? Yela nak naik rating dgn org kcam2 cikna 🥹 #farhanazahra91 #cikna

♬ original sound – Farhana Zahra – Farhana Zahra

Menerusi perkongsian di TikTok, Farhana dilihat menyerahkan mock cheque zakat perniagaan yang tertera nilainya iaitu RM1 juta ringgit kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Dalam masa yang sama, Farhana atau mesra disapa Cik Na itu berharap agar isu yang berlaku sebelum ini menjadi iktibar untuk dirinya bangkit menjadi usahawan yang lebih berjaya.

Semoga apa yang berlaku sekarang menjadi asbab untuk Cik Na bayar zakat yang lebih pada tahun ini.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi Farhana sebagai usahawan yang tidak melupakan tanggungjawabnya.

Selain itu, warganet turut menasihati Farhana agar tidak mengulangi kekhilafan lalu.

Sebelum ini, Farhana hadir memberi keterangan di Jabatan Agama Islam dan Hal Ehwal Kelantan (JAHEIK) berhubung penganjuran majlis hari lahir anaknya yang bertemakan ‘hantu’, susulan ramai yang meluahkan pandangan bahawa tema sedemikian tidak sesuai dilakukan oleh orang Islam.

Sumber: TikTok