Pelakon jelita, Anna Jobling mencipta sejarah apabila merangkul anugerah ‘Outstanding Asian Star – Malaysia’ di pentas berprestij Seoul International Drama Awards 2025 (SDA) yang berlangsung di Korea Selatan.

Artikel Berkaitan: ‘Pencalonan Ini Adalah Hadiah Terbesar’ – Anna Jobling Mendahului Carta Undian

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bukan Sekadar Cantik, Anna Jobling Bijak Kumpul Emas – ‘Harga Sentiasa Naik’

Anugerah berprestij

Kemenangan ini membuktikan bakat besar Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, sebagai pelakon muda yang bukan sahaja menawan penonton Malaysia melalui drama ‘Hai Cinta, Dengarkanlah!’, sekali gus menarik perhatian peminat antarabangsa.

Dengan pengiktirafan ini, Anna kini sebaris dengan bintang Asia lain di pentas Seoul International Drama Awards 2025 (SDA).

Dalam pada itu, Anna meluahkan rasa syukur atas kemenangan yang diraih selain berterima kasih kepada peminat dan pihak produksi yang terlibat sepanjang penglibatannya dalam industri seni.

Saya benar-benar terharu dan amat bersyukur atas pengiktirafan ini.

Terima kasih kepada Seoul International Drama Awards kerana membuka ruang untuk Malaysia bersinar di pentas antarabangsa.

Kemenangan ini sangat bermakna kerana ia bukan sahaja untuk diri saya, tetapi untuk seluruh peminat, keluarga, serta pasukan produksi yang tidak pernah berhenti menyokong saya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tonton dan TV3 kerana sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan seni saya. Trofi ini adalah kebanggaan bersama, hadiah istimewa yang saya bawa pulang untuk Malaysia.

Selain itu, Anna berazam untuk menjadi inspirasi kepada pelakon generasi baharu tempatan agar berani bermimpi besar dan melangkah lebih jauh.

Sempena kemenangan bersejarah ini, Tonton melancarkan kod promo eksklusif “ANNAJOBLING” yang menawarkan langganan 3 bulan hanya RM20 bermula 25 September 2025. Peminat boleh menonton drama dan filem eksklusif, termasuk ‘Hai Cinta, Dengarkanlah!’ dalam koleksi khas ‘Koleksi Pujaan Hati’ bersama drama popular pelakon berusia 25 tahun itu seperti ‘Melur Untuk Firdaus’, ‘Terima Kasih Cinta’ dan ‘Bella – Bila Cinta Bersatu’.

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti akaun rasmi Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.