Pelakon terkenal, Anna Jobling bakal berangkat ke Seoul, Korea Selatan untuk menghadiri Seoul International Drama Awards (SDA) 2025 pada 1 Oktober ini.

Artikel Berkaitan: Malaysia Bangga! Anna Jobling Tercalon Di Seoul International Drama Awards 2025

Artikel Berkaitan: Anna Jobling Tunda ‘Terbang’ Ke Indonesia, Bangga Dengan Keprihatinan Rakyat Malaysia

Artikel Berkaitan: Anna Jobling Takluk Pasaran Indonesia Bukan Kerana Kroni Atau Individu Berpengaruh – ‘Saya Hadir Ke Uji Bakat’

Bintang muda paling berpengaruh

Dengan pencalonan dalam kategori Outstanding Asian Star Malaysia, Anna bukan sahaja membawa harapan peribadi, malah semangat jutaan peminat yang sentiasa menyokong langkahnya.

Pencalonannya dalam kategori Outstanding Asian Star Malaysia pula menjadi bukti nyata terhadap bakat Anna yang semakin bersinar.

Pengiktirafan di pentas berprestij antarabangsa ini membuka lembaran baru dalam kerjayanya, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara bintang muda paling berpengaruh di rantau ini.

Hadiah terbesar

Pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman yang mencipta fenomena melalui lakonan dalam drama popular, Melur Untuk Firdaus, tercalon melalui drama Hai Cinta, Dengarkanlah, sehingga berjaya mencuri perhatian bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau Asia. 

Populariti drama tersebut di platform penstriman Tonton melonjakkan lagi gelombang sokongan sehingga Anna berjaya mendahului carta undian.

Setiap undi yang diberikan bagaikan denyut nadi penyokong yang mahu melihat Anna menjulang nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Saya benar-benar terharu dengan sokongan yang luar biasa daripada semua peminat. Pencalonan ini adalah hadiah terbesar buat saya dan saya amat bersyukur dapat mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.

Saya harap semua akan terus mendoakan dan menyokong saya, kerana kemenangan ini bukan sahaja untuk saya tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia.

Dalam masa sama, Anna, 25, juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus mendoakan kejayaannya serta memastikan undian tidak terhenti sehingga malam kemuncak. Setiap undian dan doa amat bermakna dalam membawa pulang kemenangan buat negara.

Bagi meraikan pencapaian ini, Tonton menghadiahkan penonton dengan promosi eksklusif ‘Koleksi Pujaan Hati’, langganan Tonton dengan harga istimewa hanya RM20 untuk tiga bulan melalui kod diskaun eksklusif ‘ANNAJOBLING’ yang membolehkan anda menonton kesemua drama lakonan Anna. 

Kempen ini juga menjadi jambatan buat peminat untuk terus menyokong perjalanan Anna Jobling dari kaca skrin tempatan hingga ke pentas dunia.

Untuk makluman, Seoul International Drama Awards 2025 bakal berlangsung pada 2 Oktober ini di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan.

Anugerah ini akan menyaksikan Anna berdiri sebaris dengan bintang-bintang besar Asia. Acara tersebut turut disiarkan secara langsung di YouTube pada 2 Oktober dan akan ditayangkan pada 3 Oktober, jam 6 petang (waktu Korea), melalui siaran SBS TV.

Acara Kemuncak Anugerah bermula jam 5.00pm sehingga 7.00pm (waktu Korea) manakala acara karpet merah bermula 3.30pm (waktu Korea).

Selain itu, Anna turut tercalon dalam OhBulan! Paling Viral Online menerusi kategori Selebriti Paling Viral bersama Kelab Peminat Paling Viral, Anna Jobling FC.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman rasmi: www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline.