berita

Antara Sebab Untuk Anda Ikuti Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-19

October 31st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Anugerah Industri Muzik (AIM) telah pun memasuki edisi yang ke-19. Sebanyak 16 kategori akan dipertandingkan dan bukan calang-calang orang yang akan turun bertanding. Anugerah yang dianjurkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) ini bakal menyatukan artis-artis diseluruh negara.

Bertemakan “Black & White Glam Glitz”, AIM 19 akan diserikan dengan pelbagai persembahan dari lebih 20 artis termasuklah band seperti Drama Band, GX4, Mojo, Nirwana Band dan juga band otai, Lefthanded & May.

Apa yang menarik pada tahun ini, Adibah Noor & Aznil Haji Nawawi bakal digandingkan buat kali pertama dalam sejarah pengacaraan kedua-dua selebriti ini dan mereka bakal menghangatkan pentas yang OHBULAN! pasti, akan dipenuhi dengan kejutan.

Menurut Adibah Noor, “Masa dapat tawaran untuk jadi pengacara, saya diberitahu pasangan saya Aznil. Jadi, saya pun setuju. Dia seorang yang saya hormati dan bukan calang-calang orang.”

Tak cukup disitu, AIM 19 kali ini juga bakal menggandingkan Awal Ashaari dan pengacara baru dari rancangan On-Air, Dahlia Shazwan yang juga pengacara untuk Gala TV. Mereka berdua akan mengacarakan dari segmen ‘Karpet Glamor sebelum bermulanya acara anugerah utama.

“Ketika dihubungi oleh produser, saya tak percaya apabila diberitahu akan bergandingan dengan Awal untuk AIM. Tapi ini merupakan batu loncatan untuk saya lebih maju,” jelas Dahlia.

Biasanya jika ada anugerah, pasti ada penyampai, kan? Pihak AIM pasti tidak akan menghampakan para penonton kerana antara penyampai-penyampai ternama termasuklah Faizal Tahir, Tam Spider, Nora Danish, Hattan dan juga Dato’ Fazley.

Jadi, ini adalah antara sebab-sebab anda perlu ikuti AIM kali ini. Anugerah Industri Muzik 19 akan berlangsung pada hari Sabtu, 17 November 2012 di Stadium Malawati, Shah Alam dan akan mula bersiaran secara langsung pada jam 8.30 malam untuk segmen ‘Karpet Glamor’ eksklusif di Astro Ria.

Untuk mengetahui siapakah 5 Finalis untuk setiap kategori yang akan dipertandingkan, anda boleh klik disini.

Kredit Gambar : mStar Online