berita

Anuar Zain Buat Kemunculan Khas Di Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds

May 10th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

 

Sekolah berasrama penuh terbaik Malaysia iaitu Seri Puteri (SSP), Cyberjaya bakal menganjurkan sebuah konsert amal iaitu ‘FLOURISHES 23: SYMPHONIC GALA CONCERT’ pada 20 Mei ini, jam 8:30 malam bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya.

Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds

Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds yang diadakan buat julung kalinya ini akan menampilkan penyanyi tersohor tanah air iaitu Anuar Zain selain mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Tujuan konsert ini diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi meneruskan kecemerlangan Orkestra Simfonik Wind Seri Puteri (SPWinds) ke pertandingan International Orchestra Festival and Competition Golden Sardana di Barcelona, Sepanyol pada 12 hingga 17 September nanti. Bagi merealisasikan impian tersebut, mereka memerlukan dana sebanyak RM900,000.

Semua hasil kutipan konsert tersebut akan disalurkan sepenuhnya kepada SPWinds dan juga melalui konsert ini, juga diharapkan agar mendapat kerjasama dari pihak swasta dan mengalu-alukan sumbangan individu dan tajaan pihak korporat dalam menjayakan misi ROAD TO BARCELONA 2023.

Harga tiket konsert bermula RM168

Tiket konsert boleh didapati melalui laman web TICKETEMPIRE di https://www.myticketempire.com/flourishes23 dengan harga bermula RM168 hingga RM468.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pn. Hawariah (019 – 259 1724) atau Pn Shahriyah (019-435 2090) serta melalui emel [email protected].

SPWinds adalah sebuah pasukan wind orkestra yang ditubuhkan pada tahun 1976 di Sekolah Seri Puteri dan diiktiraf sebagai School of Global Excellence (SGE) oleh KPM. SPWinds juga telah mengharumkan nama negara dengan memenangi pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa.

SKIP THIS AD ×