berita

Anuar Zain Enggan Jadi Juri Untuk Mana-Mana Pertandingan

May 17th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Penyanyi hebat negara, Anuar Zain, 53, mendedahkan bahawa dia sama sekali tidak akan menjadi juri bagi mana-mana pertandingan nyanyian kerana beranggapan dirinya tidak begitu sesuai untuk memberikan komen terhadap orang lain.

Artikel Berkaitan: Sertai Misi Kemanusiaan Di Syria, Anuar Zain Tampil Dengan Imej Baru

Takut dikecam

Memetik laporan Harian Metro, Anuar mendedahkan pendiriannya itu selepas merasakan terdapat tindakan segelintir peminat yang tidak boleh menerima penyanyi kesukaan mereka ditegur ataupun dikritik.

Kadang-kadang ada peminat terlalu beremosi kerana begitu kasih dan sayangkan artis kesukaan mereka sehingga tidak dapat menerima komen-komen tegas daripada juri.

Sebenarnya, juri ini sentiasa berniat murni dan sangat baik untuk membantu artis itu membuat yang lebih baik, berkongsi tips persembahan tetapi kadang-kadang penonton kita tidak memahami benda itu dan menyalahkan juri.

Dalam pada itu, Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain turut mendedahkan bahawa sejak 10 ke 15 tahun yang lalu, dia sudah banyak kali menerima tawaran untuk menjadi juri bagi apa saja jenis pertandingan namun ditolak dengan cara yang baik kerana risau dengan komen negatif yang bakal dilemparkan sesetengah netizen kepadanya.

Saya menolak dengan alasan memang tidak sesuai jadi juri dan saya tak layak nak beri komen walaupun acara hiburan itu berprestij. Jadi, cukuplah saya hanya menyanyi dan buat persembahan saja.

Bagi saya, tujuan juri menegur itu sebenarnya kita nak sama-sama naik (dikenali). Tapi, kadang-kadang saya tak suka elemen-elemen negatif yang cuba ditimbulkan peminat daripada komen ditulis itu kerana ia merosak diri.

Saya tak boleh (dengan komen negatif penonton). Untuk itu, saya nak jauhkan diri daripada terima komen-komen yang pelik ini. Apatah lagi, setiap artis itu ada jiwa sensitif di dalam diri.

Tambah Anwar lagi,dia berasa sangat kasihan setiap kali melihat rakan selebriti yang rapat dengannya dihentam dan dikecam teruk oleh peminat ketika menjadi juri hanya kerana tidak boleh menerima teguran yang diberikan kepada artis kesayangan mereka.

Sekadar info, pelantun lagu Sedetik Lebih itu pernah dijemput menjadi juri sebanyak dua kali di Akadami Fantasia musim kedua (AF2) dan Malaysian Idol saja selama aktif di dalam nyanyian.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×