berita

Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke-10

November 24th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Artikel Berkaitan: PRU15: Anwar Ibrahim ‘Tweet’ Gunting Rambut Pukul 10:22 PM, Netizen Dakwa Petunjuk Bakal Jadi Perdana Menteri

Angkat sumpah petang ini

Menurut kenyataan Istana Negara, lstiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri ke-10 dijadual berlangsung pada 5 petang ini di lstana Negara, Kuala Lumpur.

Keputusan itu dimaklumkan selepas Seri Paduka Baginda berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini.

Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kenyataan tersebut, Yang di-Pertuan Agong turut berpesan kepada Perdana Menteri dan kerajaan baharu yang bakal dibentuk untuk mengambil resmi, semakin berisi semakin tunduk.

Sambungan kenyataan

SKIP THIS AD ×