Hari ini, salah seorang daripada dua nama besar iaitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Artikel Berkaitan: PRU15: ‘Penghormatan Terbesar Dalam Hidup Saya Berkhidmat Sebagai Menteri Kesihatan’ – Khairy Jamaluddin
Artikel Berkaitan: PRU15: Ahmad Zahid Diasak Letak Jawatan Parti, Nurulhidayah Pilih Untuk Kekal Tenang – ‘Semua Sudah Menjadi Ketetapan Allah ..’
Gunting rambut
Terbaru, ciapan Anwar di akaun Twitter miliknya menarik perhatian warganet. Menerusi hantaran tersebut, Anwar, 75, menyatakan dia sempat merapikan penampilan diri dengan menggunting rambut sejurus selesai berkempen pilihan raya.
Sempat singgah potong (gunting) rambut setelah selesai berkempen pilihan raya. Singgah ke kedai gunting rambut di Sungai Long yang diusahakan oleh saudara Edy, seorang anak muda yang berhijrah dari Miri.
Bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial tidak fokus ;tweet’ itu ditujukan kepada siapa.
Ada petunjuk
Also not him tweeting at 10.22PM
Tomorrow is 22nd . PM10 ? https://t.co/9cDuxWz7Xx
— Nimelesh (@HausofHilton) November 20, 2022
Sebaliknya, kata netizen suami kepada Wan Azizah Wan Ismail ini seakan memberi gambaran bahawasanya dia bakal naik ke kerusi pemimpin.
Menurut pemilik akaun @HausofHilton, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sengaja ‘tweet’ pada pukul 10.22pm kerana hari Rabu adalah 22 November dan PM10 bermaksud ‘Perdana Menteri 10’.
Pada Ahad, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Ahad menitahkan parti politik membuat perakuan gabungan politik untuk menubuhkan kerajaan baharu sebelum jam 2 petang, hari ini.
Sumber: Twitter @HausofHilton