Pelakon Anzalna Nasir memberi nasihat kepada netizen agar tidak masuk campur mengenai kisah perceraian Fattah Amin dan Fazura.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Jalani Penggambaran Bersama, Tidak Sekali Pun Saya Nampak Fattah Gatal Atau Cerita Hal Wanita’ – Pekin Ibrahim
Artikel Berkaitan: ‘Terus Melangkah Ke Hadapan & Semoga Urusan You Abdul Fattah Amin Dipermudahkan’ – Sherry Ibrahim
Doa yang baik
Menurut Anzalna, apa yang berlaku terhadap rumah tangga pasangan itu hanya mereka sahaja yang tahu.
Doakan yang baik-baik untuk mereka. Hanya mereka sahaja yang tahu masalah dalaman rumah tangga mereka. Fokus pada kehidupan sendiri tak perlu masuk campur. Hari ini, hari mereka. Siapa tahu esok lusa hari kita pula.
Anzalna turut menitipkan kata-kata semangat buat Fazura dan Fattah dan berharap segala urusan mereka dipermudahkan.
Fokus pada kehidupan sendiri
Semalam, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.
Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Anzalna Nasir