
Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim, menjadi bualan hangat selepas perkongsian mengenai mahram yang mengaitkan aktivis kemanusiaan Zizi Kirana dan PU Rahmat yang kini berada dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) viral di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Mereka Makin Dekat Dengan Bot Kami’ – Live Ardell Aryana Terputus Lagi
Artikel Berkaitan: ‘Mereka Sebut See You In Jail, Saya Orang Last Akan Lempar Telefon’ – Ardell Aryana
Zizi & PU Rahmat kena tangkap

Menerusi hantaran di Instagram Story, Rizalman, 53, membalas kiriman mesej peribadi seorang pengikut yang memaklumkan bahawa Zizi dan PU Rahmat telah ditahan oleh tentera Zionis.
Tok (Panggilan untuk Rizalman). Zizi Kirana dengan PU Rahmat dah kena tangkap. Cheq (saya) sedih.
Bagaimanapun, apa yang menjadi isu adalah mesej balas daripada Rizalman yang berbunyi, ‘Apa aku kata tentang mahram?’
Tidak habis di situ, Rizalman turut memuat naik posting lain yang ‘menyentuh’ mengenai kepentingan wanita ditemani mahram dalam apa jua perjalanan.
Hantaran

Terdahulu, semua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan berada dalam keadaan selamat dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.
Wisma Putra memaklumkan kerajaan sedang mengambil langkah sewajarnya untuk menjamin keselamatan serta memastikan pembebasan segera peserta GSF terutama rakyat tempatan yang ditahan Israel.
Kerajaan Malaysia dalam kenyataan sama turut menegaskan penahanan peserta flotila oleh rejim Zionis adalah tidak sah dan menuntut agar mereka dibebaskan segera serta dilayan selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa.
Sumber: Instagram Rizalman








